Harian Metro

KEINGINAN RAHSIA KEJAYAAN

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Ilmu kemahiran kraf boleh dipelajari melalui pelbagai cara untuk jana pendapatan

Jika sudah kreatif, apa saja produk menarik dan unik mampu dihasilkan. Biarpun tidak memiliki kemahiran tertentu untuk menghasilk­an produk kraf, jika ada keinginan dan usaha, ia bukan penghalang untuk terus berkarya.

Pelbagai anjuran kursus, kelas dan latihan sama ada secara langsung atau dalam talian kini mudah disertai. Justeru, tidak hairanlah jika individu yang menceburi bidang kraf secara serius boleh menjadikan hobi mereka untuk menjana pendapatan sampingan.

Begitu juga dengan Pengasas Ayuny Nadhirah Craft, Ayuny Nadirah Mohamad Yusof, dulunya dia hanyalah suri rumah selepas berkahwin pada usia muda.

“Satu hari saya menonton rancangan di televisyen mengenai kraf tampal hias (applique) pada pakaian bayi dan ia menarik perhatian saya.

“Terdetik di hati untuk cuba menghasilk­an kraf sendiri. Kemudian, saya mencari maklumat di Internet dan video di YouTube, tertarik untuk mencuba menghasilk­an bantal yang dijahit nama.

“Saya mengikut teknik yang dilihat di Internet dan cuba menggunaka­n jahitan tangan hingga berjaya menghasilk­an bantal. Selepas itu, saya terus mengasah kemahiran membuat bantal secara suka-suka pada 2012 walaupun ketika itu baru belajar menjahit.

“Memasuki 2013, saya mula serius untuk menceburi bidang kraf ini kerana berminat dengan hasil produk yang pelbagai dan kreatif,” katanya.

Ibu kepada tiga anak berusia tiga hingga lapan tahun itu menambah, selepas serius menghasilk­an produk menggunaka­n fabrik felt, dia mula berani menerima tempahan rantai kunci.

Pada masa sama, Ayuny Nadirah turut menghasilk­an rekaan hiasan kraf dan kotak tisu berbentuk makanan menggunaka­n fabrik felt untuk diketengah­kan kepada peminat material berkenaan.

Melalui jahitan kemas dan kelihatan unik, produk barunya itu mendapat permintaan ramai. Ada kalanya menerima tempahan terutama kotak tisu yang melambangk­an tema perniagaan pelanggan.

Kebanyakan pelanggan menjadikan­nya sebagai hiasan di kedai mereka, hadiah atau tempat mencucuk jarum kerana sifatnya yang lembut serta tahan lama jika dijaga dengan baik.

“Saya lebih suka menggunaka­n fabrik felt jenis akrilik berbanding polyfelt kerana teksturnya yang lebih lembut dan mudah dibentuk menjadi hiasan yang gebu serta sempurna.

“Berbanding fabrik polyfelt, sifatnya yang agak keras menyukarka­n saya untuk membentuk hiasan menarik. Malah teksturnya mempengaru­hi kesan gam yang digunakan,” katanya.

Bagi berkongsi ilmu yang dipelajari­nya sendiri hingga berjaya, dia tidak teragakaga­k untuk mengajar peminat kraf felt terutama suri rumah untuk menghasilk­an hiasan menarik melalui video tutorial yang dikongsi melalui media sosial jenamanya.

Malah, dia juga baru berjinak-jinak mengadakan kelas secara talian bagi individu yang berminat untuk mempelajar­i menghasilk­an hiasan kraf felt tertentu dengan lebih mendalam.

“Saya bermula dari bawah dan sudah merasai agak sukar untuk menghadiri kelas hiasan kraf kerana sesetengah­nya memerlukan bayaran yuran yang agak mahal.

“Justeru, apa salahnya saya berkongsi ilmu yang ada untuk membantu suri rumah yang ingin mencari pendapatan sampingan dengan tutorial percuma atau kelas secara dalam talian dengan harga yang lebih murah,” katanya.

 ??  ?? AYUNY Nadirah bersama koleksi hiasan felt berbentuk makanan.
AYUNY Nadirah bersama koleksi hiasan felt berbentuk makanan.
 ??  ?? PLUSHIE atau permainan lembut kanak-kanak.
PLUSHIE atau permainan lembut kanak-kanak.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA koleksi kotak tisu felt.
ANTARA koleksi kotak tisu felt.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia