Giat promosi single terbaru
dengan genre ‘happy pop’.
“Begitu juga pembabitan saya dalam bidang lakonan menerusi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati turut menerima maklum balas yang baik,” katanya.
Mahasiswa Sarjana
Seni Bina dari Universiti Sains Malaysia (USM),
Pulau Pinang ini seronok dapat menimba banyak pengalaman.
“Sebagai pengiat seni baru, saya perlu berani mencuba mengembangkan bakat pada cabang seni yang lain. Disebabkan itu, apabila memperoleh peluang berlakon saya nekad mahu mencuba lebih dulu dan tidak menolaknya.
“Bagi saya tidak mudah mendapatkan peluang. Justeru, apabila peluang itu datang secara tiba-tiba lebih baik saya cuba,” katanya.
Meskipun mengakui bidang nyanyian adalah keutamaan, Nabila juga tidak akan sesekali menolak tawaran berlakon.
Katanya, jika watak sesuai dan dia boleh berlakon dengan sebaik mungkin buat apa menolak.
Mengenai single Pematah Hati, Nabila akui suka dengan lagu itu kerana bergenre ‘happy pop’ dan sesuai dengan vokalnya.
“Lebih istimewa kerana Pematah Hati adalah kesinambungan daripada Cemburu. Bagi peminat yang sukakan lagu Cemburu, secara tidak langsung saya yakin mereka boleh menerima Pematah Hati.
“Ia dua karya lagu yang sebenarnya cukup dekat dengan diri saya. Kedua-duanya ada cerita tersendiri,” katanya.
Yakin single Pematah Hati mampu berjaya seperti Cemburu, Nabila berharap ia mendapat sambutan positif daripada pendengar.
Katanya, dia gembira kerana masih dapat menyanyikan lagu hasil ciptaan rakan baiknya seperti Hael dan Ezra. Baginya, sokongan sahabat menjadi pembakar semangat buatnya.