Harian Metro

Peserta lumba basikal kena sakit jantung

-

Melaka: Seorang peserta basikal bukit yang menyertai Cabaran Eko Antarabang­sa Fire X Ride (FXR 2017) di Alor Gajah, di sini, kelmarin, kena serangan jantung selepas berkayuh sejauh lapan kilometer.

Tindakan pantas penganjur pertanding­an memberikan bantuan awal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Alor Gajah (HAG) berjaya menyelamat­kan peserta daripada mengalami kesan serangan lebih serius.

Difahamkan, peserta berasal dari Banting, Selangor, Normazlin Raja Mohamed, 48, sakit ketika melalui trek ladang getah dan sawit.

Jurucakap pasukan media FXR 2017 berkata, marshall perlumbaan dan pasukan perubatan memberi rawatan kecemasan di laluan jamboree, sebaik menyedari mangsa kena serangan jantung.

“Lelaki itu menerima rawatan awal di HAG dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil serta dijangka dipindahka­n ke Hospital Melaka untuk pemerhatia­n pakar di sana dalam masa terdekat.

“Selepas melakukan perbincang­an, keluarga mencadangk­an lelaki itu dirujuk ke Hospital Serdang dan perkara itu boleh dilakukan atas permintaan mereka,” katanya.

Menurutnya, selain itu, seorang lagi peserta patah tulang bahu kiri, manakala tiga lagi cedera ringan selepas terjatuh di beberapa lokasi berasingan sepanjang trek perlumbaan berkenaan.

Beliau berkata, meskipun dilanda kejadian tidak dijangka, saingan Eco Challenge Ride sejauh 120 kilometer mendapat pengiktira­fan

(MBOR) sebagai trek basikal bukit terpanjang di Malaysia.

 ??  ?? PENGANALIS­IS MBOR, Muhammad Shukri Hairon Nahar (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil MBOR bagi kategori trek berbasikal bukit terpanjang kepada EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman (lima dari kanan).
PENGANALIS­IS MBOR, Muhammad Shukri Hairon Nahar (tiga dari kiri) menyampaik­an sijil MBOR bagi kategori trek berbasikal bukit terpanjang kepada EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman (lima dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia