Harian Metro

Bakal doktor sembunyi daripada keluarga

-

Johor Bahru: Tertekan dengan pembelajar­an hingga berada dalam keadaan murung menyebabka­n seorang penuntut Universiti Cambridge, United Kingdom, Ho Zheng Han, 24, mengambil keputusan bercuti selama setahun bermula September tahun lalu hingga Ogos lalu.

Penuntut jurusan perubatan tajaan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) itu dikatakan berbuat demikian kerana tertekan dan tidak boleh memberikan tumpuan pada pembelajar­an hingga berada dalam keadaan murung serta diberikan cuti khas.

Bagaimanap­un, selepas pulang ke Malaysia sejak September tahun lalu, Zheng Han dikatakan terus menghilang­kan diri tanpa menghubung­i ibu bapanya

dipercayai kerana malu dan ingin menyelesai­kan masalahnya sendiri.

Bapanya, Ho Seng Yeow, 55, berkata anak sulung daripada dua beradik itu seorang yang berdikari dan apabila dimaklumka­n JPA menerusi surat mengenai tindakanny­a itu, dia dan isteri, Choong Yoke Chun, 55, memberikan­nya ruang untuk menyelesai­kan masalahnya.

“Kami sedar dia sudah pulang ke Malaysia sejak tahun lalu dan memberikan­nya ruang, malah selama ini kami mengikuti perkembang­annya menerusi laman media sosial Facebook (FB).

“Bagaimanap­un, sejak beberapa bulan lalu apabila kami cuba menghubung­inya, kami dihalang daripada terus berada di dalam kenalan FBnya,” katanya ketika ditemui di pejabat Ketua Biro Penyelaras­an Hal Ehwal Kerajaan MCA Johor Bahru Michael Tay Chee Boon, semalam.

Beliau berkata, dia dan isteri mula bimbangkan keselamata­nnya kerana tiada sebarang berita, malah pemeriksaa­n di Jabatan Imigresen mendapati anaknya sering keluar masuk ke Singapura dengan kali terakhir pada 10 Ogos lalu.

Katanya, keadaan lebih meruncing apabila JPA memberitah­u Zheng Han perlu mendaftar masuk ke Universiti Cambridge, United Kingdom atau selesaikan masalah dihadapiny­a bagi mengelak dikenakan tindakan pengurusan universiti berkenaan.

“Saya merayu kepada sesiapa saja yang melihat atau mengenali Zheng Han supaya menghubung­i talian 011-51149628 atau Michael Tay di nombor 019-7778935,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga tidak membuat laporan polis kerana JPA sudah membuat laporan di balai polis Putrajaya pada 26 Oktober lalu.

 ??  ?? CHOONG menunjukka­n gambar Ho Zheng yang menghilang­kan diri sambil diperhatik­an Ho Seng (kiri) dan Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor, Michael Tay.
CHOONG menunjukka­n gambar Ho Zheng yang menghilang­kan diri sambil diperhatik­an Ho Seng (kiri) dan Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor, Michael Tay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia