Harian Metro

Myanmar tolak gencatan senjata

-

Cox’s Bazar: Militan Rohingya yang mencetuska­n keganasan tentera di Myanmar sehingga menyaksika­n hampir 300,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh, semalam mengisytih­arkan gencatan senjata bagi membolehka­n bantuan perubatan diberikan kepada pelarian yang terdesak.

AFP melaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 294,000 pelarian Rohingya yang cedera dan keletihan tiba di Bangladesh sejak serangan militan terhadap pasukan keselamata­n Myanmar di Rakhine

25 Ogos lalu.

Beribu-ribu lagi dipercayai bergerak di dalam Rakhine selepas lebih dua minggu tanpa tempat tinggal, makanan dan air.

Buddha Myanmar tidak mengiktira­f masyarakat Rohingya Muslim melabelkan mereka sebagai Bengali-pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

Seramai 27,000 etnik Rakhine Buddha serta Hindu melarikan diri susulan keganasan di bahagian utara negeri ini.

“Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA) mengumumka­n penghentia­n sementara serangan operasi ketenteraa­n,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan di Twitter akaun rasminya.

Ia menggesa semua pelaku kemanusiaa­n meneruskan penyampaia­n bantuan kepada mangsa krisis kemanusiaa­n tanpa mengira latar belakang etnik atau agama semasa tempoh gencatan senjata selama sebulan sehingga 9 Oktober.

Sementara itu,

Myanmar semalam menolak genjatan senjata militan Rohingya bagi membolehka­n bantuan kemanusiaa­n disalurkan kepada pelarian kerana kerajaan negara itu tidak akan berunding dengan pengganas.

Jurucakap pemimpin Myanmar Aung

San Suu Kyi, berkata dalam Twitter: “Kami tiada polisi berunding dengan pengganas.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia