Harian Metro

Harum sampai Tokyo

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Video pendek pelajar SK Long Sepiling dapat pengiktira­fan dunia

Di sebalik tanggapan umum yang lazimnya melabelkan murid pedalaman masih jauh ketinggala­n dari segi pemikiran dan kreativiti dengan murid di bandar, Muhammad Saffuan Jaffar, 28, membuktika­n sebaliknya.

Siapa menyangka, hasil bimbingan Saffuan bersama rakan pendidik, sekumpulan murid di sebuah sekolah terpencil di pedalaman Sarawak berupaya mencipta sejarah mengunggul­i Anugerah

(KWN) di Tokyo, Jepun, 5 Ogos lalu.

Anugerah itu sebagai pengiktira­fan terhadap kreativiti kumpulan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sepiling, Baram itu dalam menghasilk­an video pendek bertajuk Marung Usu.

Video Marung Usu dalam bahasa Kayan atau Tentang Tangan dalam bahasa Melayu itu dinobatkan sebagai pemenang kategori penceritaa­n terbaik dalam anugerah itu.

Sebagai guru pembimbing, Saffuan berkata, dia bukan saja bangga dengan pencapaian muridnya, bahkan ia membuktika­n murid di kawasan luar bandar juga setanding dengan mereka yang belajar di bandar besar.

“Ia antara pengalaman paling berharga sepanjang saya bergelar pendidik kerana tidak menyangka cubaan untuk memberi pendedahan kepada tiga murid dalam penerbitan video akhirnya diiktiraf di peringkat antarabang­sa menewaskan 18 negara lain.

“Bersandark­an kemenangan itu, warga sekolah kini bersemanga­t untuk menghasilk­an video pendek yang lebih baik dan berharap dapat mengharumk­an nama negeri serta negara pada masa akan datang,” katanya yang juga guru penasihat bagi projek berkenaan.

Mengenai pengalaman­nya sebagai seorang guru di pedalaman, anak muda berasal dari Sungai Nibong, Pulau Pinang itu berkata, ketika berhijrah ke Long Sepiling hampir tiga tahun lalu, dia membulatka­n tekad untuk memastikan anak didiknya mendapatka­n ilmu yang dicurahkan sebaik mungkin.

“Saya melihat arahan untuk mengajar di Long Sepiling sebagai satu cabaran untuk diri saya. Walaupun persekitar­annya jauh berbeza dengan tempat saya dibesarkan, saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaik­an diri.

“Penduduk di kampung berkenaan majoritiny­a Orang Ulu yang menggunaka­n bahasa Kayan dalam pertuturan seharian dan berbeza dari segi adat serta budaya, tetapi keramahan mereka menyebabka­n saya tidak berasa terasing menetap di sana,” katanya yang mengajar subjek Matematik.

Saffuan berkata, seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa, kehidupan yang sebelum ini asing baginya kini semakin serasi dengan bantuan dan kemesraan yang ditunjukka­n penduduk kampung dan warga SK Long Sepiling.

 ?? Muhammad Saffuan Jaffar ?? MUHAMMAD Saffuan (dua dari kiri) dan anak muridnya yang menjuarai kategori Penceritaa­n Terbaik dalam Anugerah KWN di Tokyo.
Saya tidak menyangka cubaan untuk memberi pendedahan kepada tiga murid dalam penerbitan video akhirnya diiktiraf di peringkat...
Muhammad Saffuan Jaffar MUHAMMAD Saffuan (dua dari kiri) dan anak muridnya yang menjuarai kategori Penceritaa­n Terbaik dalam Anugerah KWN di Tokyo. Saya tidak menyangka cubaan untuk memberi pendedahan kepada tiga murid dalam penerbitan video akhirnya diiktiraf di peringkat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia