Harian Metro

Lawatan ke AS tepat pada masanya

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat bermula hari ini hingga Rabu ini tepat pada masanya kerana ulang tahun ke-60 hubungan dua hala kedua-dua negara baru saja disambut Julai lalu.

Menurutnya, sepanjang enam dekad yang berlalu itu juga hubungan kedua-dua negara berkembang dan semakin erat dari masa ke masa.

“Meskipun dari segi saiz negara kita adalah jauh lebih kecil berbanding Amerika Syarikat, Malaysia mempunyai peranan penting dan dipandang tinggi oleh Amerika Syarikat sebagai rakan dagang dan politik di rantau Asia Tenggara.

“Malaysia pernah menerima kunjungan dua Presiden Amerika Syarikat, iaitu Presiden Lyndon B Johnson pada 1966 dan Presiden Barack Obama pada 2014 dan 2015, membuktika­n keakraban antara hubungan kedua-dua negara,” katanya melalui catatan di blog najibrazak.com, semalam.

Najib berkata, selain itu Malaysia menerima kelebihan visa selama 10 tahun bagi kemasukan tanpa had dan usaha kini di peringkat akhir bagi Program Pengecuali­an Visa bagi rakyat Malaysia ke Amerika Syarikat.

“Meskipun secara rasminya hubungan diplomatik kita bermula sejak 1957, tetapi sebenarnya ia sudah terjalin jauh lebih awal daripada itu.

“Sebagai contoh, getah daripada Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuha­n industri automotif Amerika Syarikat dan permintaan tinggi daripada mereka memacu pengeluara­n getah di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, pada 2014 hubungan kedua-dua negara dinaik taraf ke

membabitka­n bidang kerjasama utama seperti ekonomi dan perdaganga­n, pendidikan, pertahanan dan keselamata­n serta sains dan teknologi.

“Hari ini, Amerika Syarikat adalah pelabur kedua terbesar Malaysia.

“Melalui lawatan rasmi ini, saya akan menekankan inisiatif rundingan bilateral kedua-dua negara dan menyasarka­n pertumbuha­n ekonomi yang lebih dinamik lagi,” katanya.

Katanya, beliau juga akan berbincang dengan Presiden Donald Trump mengenai isu anti keganasan di negara serantau dan isu kemanusiaa­n yang melanda etnik Rohingya di Myanmar.

“Insya-Allah, lawatan ini akan berjaya mencapai matlamat dan mengukuhka­n lagi hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia