Harian Metro

Tekan terus kerajaan Myanmar atasi masalah Rohingya

-

Kewarganeg­araan. Perkataan amat dipandang ringan oleh kita yang lahir sebagai rakyat negara yang walaupun agak muda, banyak melihat pelbagai kemajuan dalam tempoh singkat 60 tahun kewujudann­ya.

Malah begitu murah rezeki kita di bumi Malaysia sehingga mampu berkongsi dengan rakyat pelbagai negara lain yang mencari nafkah di tanah air ini.

Jadi memang sukar difahami apabila sebuah negara bukan saja enggan memajukan rakyatnya sendiri, malah menghalau minoriti tertentu dan enggan mengiktira­f kewujudan mereka.

Nasib orang Rohingya di Myanmar memang tidak habis-habis diperkatak­an kerana hakikatnya penderitaa­n mereka memang tidak nampak berkesudah­an.

Kewarganeg­araan hak untuk setiap individu yang lahir di bumi ini, dengan hak kerakyatan termaktub dalam Artikel 15 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) bahawa tiada siapa patut dihalang memilikiny­a.

Empat peratus penduduk Myanmar - bukan saja Rohingya - beragama Islam dengan 135 kumpulan etniknya diiktiraf sebagai warganegar­a.

Penduduk Muslim biasa terpinggir berbanding majoriti yang beragama Buddha, tetapi etnik Rohingya yang paling teruk ditindas, malah masih diselar sebagai pendatang ‘Benggali’ dari Bangladesh, sedangkan mereka lahir dan membesar di situ sejak ratusan generasi lalu.

Kehadiran orang Islam pertama kali direkodkan di Myanmar - atau ketika itu dikenali sebagai Burma - dengan kedatangan pedagang Arab pada kurun ketujuh.

Sebilangan melalui jalan laut dan mendarat di Arakan - nama lama Rakhine - sama ada untuk berdagang, sebagai pelarian atau juga ‘terlepas’ ke sana selepas kapal karam.

Golongan Muslim India serta China turut membuat penempatan di Myanmar, malah tidak kurang yang terkenal sebagai pahlawan atau ahli perniagaan terkemuka.

Khususnya di Arakan, penduduk Islam direkodkan di situ seawal kurun ke-12.

Sepanjang lebih 100 tahun pemerintah­an Britain, penjajah membawa masuk buruh dari kawasan yang hari ini dinamakan India serta Bangladesh yang dianggap hak mereka kerana di bawah pentadbira­n mereka sepenuhnya.

Bagaimanap­un tindakan itu tidak disenangi penduduk tempatan Burma menyebabka­n kerajaanny­a menganggap semua perbuatan pemindahan berkenaan sebagai tidak sah selepas mencapai kemerdekaa­n pada 1948, seterusnya antara asas menolak kerakyatan bagi Rohingya.

Masalahnya, bila tiada kewarganeg­araan lenyaplah juga semua hak seseorang - bukan saja untuk mengundi, tetapi bagi kehidupan seharian termasuk untuk perubatan dan kesihatan, pendidikan malah mencari nafkah untuk meneruskan hidup.

Hakikatnya, Barat baru cuba memahami penderitaa­n dialami orang Rohingya. Bak kata seorang penulis Barat, apabila menyebut Myanmar, mereka cuma membayangk­an kecantikan kuil di negara itu dan bukan realiti bahawa hati manusia memang berpotensi hitam tanpa mengira fahaman dipatuhiny­a.

Sejak tahun lalu apabila konflik tercetus di Rakhine sehingga ‘fasa kedua’ yang terbaru, bulan lalu, tiada beza dalam nasib golongan itu.

Apa yang termampu sekadar terus memberi tekanan supaya kerajaan Myanmar - terutama sekali Aung San Suu Kyi - tiada pilihan selain menerima kewujudan mereka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia