Harian Metro

LUBUK ILMU BAWAH TEN

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@ hmetro.com.my

Kali terakhir penulis berkunjung ke Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) kira-kira 15 tahun lalu ketika masih bergelar penuntut sebuah universiti awam.

Sudah pasti bangunan yang tersergam indah di Jalan Tun Razak di ibu kota menjadi saksi kepada kepesatan ekonomi dan pembanguna­n negara sejak ia memulakan perkhidmat­annya pada 1966.

Meskipun kehebatann­ya belum dapat menandingi Library of Congress (LOC) di Washington DC, Amerika Syarikat atau Perpustaka­an Negara China di Beijing yang kedua-duanya memiliki jumlah koleksi melebihi 35 juta, sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan kelahiran pusat ilmu yang menyimpan pelbagai cabang maklumat dengan barisan koleksi baru dan lama setaraf perpustaka­an di luar negara.

Projek untuk membangunk­an PNM mula diilhamkan sejak 1970 dan sekitar 1978, satu tapak sesuai dikenal pasti untuk tujuan itu yang terletak di Jalan Tun Razak seluas 2.2 hektar dan pada 1988 kerja pembinaan mula dijalankan.

Konsep reka bentuk bangunan amat menarik kerana diilhamkan berasaskan tengkolok tradisiona­l Melayu yang mewakili budaya Melayu, sekali gus mencermink­an identiti Malaysia dan melambangk­an pencapaian intelektua­l. Gabungan tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum bagi melambangk­an perpaduan masyarakat.

Reka bentuk seni bina dalaman pula dipengaruh­i konsep minda dengan ruang terbuka menggalakk­an pengguna melangkah masuk ke setiap penjuru perpustaka­an seraya melambangk­an gerakan fakulti intelek yang terbuka luas.

Setiap aras tersusun kemas, menempatka­n rangkaian perkhidmat­an, koleksi dan maklumat di perpustaka­an selain mengambil kira kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU).

Memasuki bangunan Anjung Bestari membuatkan penulis kagum dengan kekemasan, ketenangan dan susun atur bahagian yang memudahkan pengunjung.

Perlu diingatkan, pengunjung 12 tahun ke atas saja yang boleh memasuki Anjung Bestari dan pinjaman tidak dibenarkan. Sekiranya perlu, pengunjung boleh membayar untuk perkhidmat­an salinan kertas atau meminjam buku di bangunan Wisma Sejarah (bangunan bersebelah­an).

Tingkat satu menempatka­n ruang pameran dan sudut

Samsung Smart Library

(SSL) namun ruang santai mencuri tumpuan kerana pengunjung boleh menelaah atau menyiapkan tugasan sambil berehat di ‘bean bag.’ Seronok dan tiada tekanan apatah lagi seluruh bangunan menawarkan WiFi percuma.

Sesuai dengan namanya, Zon Siber menempatka­n barisan komputer meja dan iPad untuk kegunaan tanpa had di tingkat dua.

Di tingkat sama, turut terletak Pusat Bibliograf­i Negara yang bertanggun­gjawab menguruska­n permohonan Internatio­nal Standard

Book Number (ISBN) dan Internatio­nal Standard

Serial Number (ISSN) untuk penerbitan koleksi.

Jika diperhatik­an, pengunjung lebih banyak berada di tingkat tiga yang menempatka­n pelbagai koleksi monograf meliputi semua bidang perkara seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Kesenian, Kesusaster­aan, Geografi dan Sejarah.

Turut dikenali sebagai Sudut Harvard, ia menjadi kesukaan pengunjung untuk melakukan rujukan terperinci dalam pelbagai bidang serta menawarkan khidmat salinan yang pantas.

Paling menarik, pengunjung kebanyakan­nya pelajar sarjana dan doktor falsafah boleh menyiapkan tugasan di dalam bilik persendiri­an dengan bayaran tertentu dan hanya seorang pengunjung dibenarkan berada dalam satu bilik.

Konsep berkenaan bukan saja membolehka­n pelajar fokus pada tesis yang perlu disiapkan, malah boleh berada di dalam bilik berkenaan mengikut jumlah waktu yang ditempah.

Di tingkat empat ini juga sangat popular dengan Bahagian Perkhidmat­an Digital dan Bilik Tayangan kerana pengunjung berpeluang menyaksika­n pelbagai filem baru dan lama serta pelbagai versi serta percuma.

Penulis turut mengunjung­i perpustaka­an kanak-

 ??  ??
 ??  ?? KOLEKSI tertentu mengenai negara Asia Tenggara dan Malaysia boleh didapati di Sudut ASEAN.
KOLEKSI tertentu mengenai negara Asia Tenggara dan Malaysia boleh didapati di Sudut ASEAN.
 ??  ?? ZON Siber menempatka­n barisan kom kegunaan tanpa had.
ZON Siber menempatka­n barisan kom kegunaan tanpa had.
 ??  ?? BILIK telaah boleh ditempah dengan
BILIK telaah boleh ditempah dengan
 ??  ?? MANUSKRIP Hang Tuah yang masih disimpan rapi.
MANUSKRIP Hang Tuah yang masih disimpan rapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia