Harian Metro

Penyu hilang rajuk

Spesies belimbing kini kembali mendarat, bertelur di Rantau Abang

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

Seolah-olah hilang rajuk apabila spesies penyu belimbing kini kembali mendarat dan bertelur di Rantau Abang dekat sini, apabila kali terakhir dikesan muncul pada 2010.

Penyu terbabit dikatakan mendarat di kawasan Pantai Rhu Cikgu di sempadan Rantau Abang dan Jambu Bongkok, dekat sini, awal pagi semalam, sebelum bertelur sebanyak 92 biji.

Pendaratan penyu belimbing berkenaan dikesan seorang pemajak telur penyu, Hasang Husing, 60, ketika membuat rondaan di kawasan itu kira-kira 6 pagi.

Menurutnya, dia terkejut apabila melihat jejak pendaratan penyu yang sangat besar di pesisir pantai berkenaan sebaik tiba kawasan itu.

“Ketika itu saya berasa sangat terharu kerana tahu ia adalah kesan daripada pendaratan ibu penyu belimbing sebelum bergegas mencari sarangnya bertelur.

“Alhamdulil­lah selepas menggaliny­a, akhirnya saya menemui 92 biji telur sebelum segera menghubung­i kakitangan Jabatan Perikanan bagi memaklumka­n mengenainy­a,” katanya yang sudah 30 tahun memajak telur penyu di kawasan terbabit.

Menurutnya, dia sangat merindui kehadiran penyu belimbing kerana sudah lama tidak mendarat dan bertelur di kawasan itu.

“Akibat lama tidak naik (mendarat) untuk bertelur, kerajaan negeri sebelum ini bercadang untuk membeli telur penyu belimbing di negara luar untuk dieramkan di Rantau Abang.

“Mungkin penyu terbabit naik bertelur di sini akibat merindui Pantai Rantau Abang, sekali gus ia amat menggembir­akan kami semua,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n kesan pendaratan yang ditemuinya itu, dianggarka­n penyu belimbing terbabit seberat dalam lingkungan 400 kilogram.

Katanya, dia percaya ibu penyu itu masih muda kerana kebiasaann­ya penyu betina mendarat di kawasan berkenaan boleh mencapai berat 500 kilogram.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zawawi Ali berkata, telur penyu terbabit segera dibawa ke Pusat Santuari Penyu Rantau Abang untuk dieram.

Menurutnya, pihaknya berharap telur yang dieram itu akan menetas dan sebahagian­nya akan dipelihara dan sebahagian dilepaskan ke laut.

 ??  ??
 ??  ?? KESAN pendaratan penyu belimbing di Pantai Rantau Abang. HASANG (kanan) dibantu rakannya mengambil telur penyu belimbing yang naik bertelur di Pantai Rantau Abang. Gambar kecil, kakitangan Jabatan Perikanan Daerah Dungun memasukkan sebahagian daripada...
KESAN pendaratan penyu belimbing di Pantai Rantau Abang. HASANG (kanan) dibantu rakannya mengambil telur penyu belimbing yang naik bertelur di Pantai Rantau Abang. Gambar kecil, kakitangan Jabatan Perikanan Daerah Dungun memasukkan sebahagian daripada...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia