Harian Metro

Risau kubur mendap

Waris bimbang lebih 10 pusara di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung tenggelam

- Amrullah Abdul Karim hmetroshah­alam @hmetro.com.my

FAKTA

Mendapan itu dipercayai akibat kekerapan hujan sejak kebelakang­an

ini

Lebih 10 kubur di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, di sini, mengalami mendapan sejak beberapa minggu lalu sehingga menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan waris keluarga dan penduduk setempat.

Lebih teruk apabila ada yang menenggela­mkan batu nisan menyebabka­n binaan hiasan kubur retak.

Keadaan itu dipercayai akibat kekerapan hujan sejak kebelakang­an ini yang memaksa waris membuat alur bagi mengalirka­n air yang bertakung di permukaan kubur.

Seorang waris, Muzanariah Mubet, 49, berkata, kubur arwah suaminya mendap dan permukaan kubur yang diletakkan dengan batu runtuh.

“Suami saya meninggal Julai lalu dan batu hiasan itu baru saja sebulan dibina, tetapi sudah runtuh.

“Saya dan anak-anak terpaksa pergi membuat longkang dan menambakny­a semula dengan tanah,” katanya.

Bagi Mohd Irfan Shuhaimi, 24, dia juga pergi ke tanah perkuburan itu setiap minggu untuk menimbus kubur arwah ibu mentuanya yang mendap sejak tiga minggu lalu.

“Setiap kali datang, memang ada sedikit mendapan dan saya akan tambak semula.

“Walaupun mendapan tanah ini tidak seberapa teruk, sebagai waris kita perlu sentiasa datang melihat keadaan kubur,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan memantau dan menyelia kawasan berkenaan.

“Longkang yang lebih baik perlu dibuat supaya air mengalir dan keluar dari tanah serta tidak meresap.

“Keadaan tebing di kawasan tanah perkuburan itu juga perlu dipantau bagi mengelak hakisan dan tebing runtuh,” katanya yang turut hadir meninjau kawasan berkenaan.

 ??  ?? MUZANARIAH Mubet (kanan) menerangka­n keadaan mendapan tanah kepada Mat Nadzari (tengah).
MUZANARIAH Mubet (kanan) menerangka­n keadaan mendapan tanah kepada Mat Nadzari (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia