Harian Metro

Ibu terkejut anak hamil 7 bulan

-

Rasa curiga ibu terhadap perubahan fizikal tubuh anak perempuann­ya berusia 16 tahun mendedahka­n rahsia remaja itu mengandung.

Perkara itu terbongkar selepas mangsa dibawa ke klinik kesihatan di Sungai Chua, di sini, oleh ibu bapanya untuk pemeriksaa­n, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd

Yussof berkata, sebaik pemeriksaa­n dijalankan, wanita terbabit terkejut mendapati mangsa hamil tujuh bulan.

“Menurut ibu mangsa, teman lelaki anak perempuann­ya mengaku terlanjur hingga mangsa mengandung.

“Teman lelaki mangsa memaklumka­n mereka pertama kali melakukan hubungan intim pada Jun tahun lalu di rumah lelaki berkenaan,” katanya.

Ahmad Dzaffir berkata, ibu bapa mangsa mengenali suspek kerana dia pernah bekerja di kedai keluarga mangsa.

“Susulan laporan dibuat keluarga mangsa, suspek berusia 18 tahun ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kes berasingan di Batu 9, Cheras, seorang lelaki dibelasah keluarga gadis selepas dikesan menyelinap dan melakukan hubungan seks secara haram.

“Pasangan itu memasuki rumah melalui pintu belakang kediaman terkejut mendapati anak perempuan mereka berusia belasan tahun bersama lelaki tidak dikenali dengan hanya memakai tuala mandi,” katanya.

 ?? AHMAD Dzaffir ??
AHMAD Dzaffir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia