Harian Metro

‘Barah’ lajak merebak

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

 Semakin ramai remaja ubah suai basikal secara ekstrem, berlumba di kawasan utara

Kemalangan yang meragut lapan nyawa ahli geng basikal lajak atau basikal ‘nyamuk’ di Johor Bahru Februari lalu nyata tidak menyedarka­n kumpulan remaja, di sini, apabila semakin ramai dikesan mengikut jejak mereka dengan mengubah suaian basikal secara ekstrem.

Taman Rekreasi Pantai Robina, Teluk Air Tawar, dekat sini, menjadi antara lokasi dikesan tumpuan ahli geng berkenaan membabitka­n remaja berusia 10 hingga 12 tahun menunggang basikal yang diubah suai.

Mereka bukan saja berkumpul pada hujung minggu seperti geng mat rempit, malah ada kalanya berlumba sesama sendiri di laluan yang digunakan orang awam.

Ketika ini, geng basikal lajak popular di selatan negara ialah Tentera JB dan Kaki Kulai manakala di bahagian utara, geng berkenaan mula aktif sejak beberapa bulan lalu.

Walaupun tidak menjadi kesalahan, namun gelagat remaja berkenaan mengganggu lalu lintas, selain mengundang risiko kemalangan kerana menggunaka­n laluan awam.

Kebanyakan basikal diubah suai secara ekstrem dan ada antara remaja berkenaan bergaya ala

seperti

mat rempit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara Superinten­dan Abd Aziz Daud ketika mengulas isu berkenaan berkata, pada dasarnya tidak menjadi kesalahan jika remaja berkenaan sekadar berbasikal di kawasan awam, tetapi ia mengundang bahaya jika mereka berbasikal secara berkumpula­n di lebuh raya.

Katanya, basikal lajak atau apa saja basikal yang digunakan untuk rekreasi tidak boleh digunakan untuk tujuan lain sehingga mengganggu lalu lintas.

“Jika gelagat remaja berkenaan tidak mengganggu lalu lintas ia tidak menjadi kesalahan, tetapi tindakan boleh diambil jika ia mengganggu orang awam seperti di lebuh raya atau tempat rekreasi.

“Soalnya, sebarang risiko kemalangan di bawah tanggungja­wab sendiri jika mereka menunggang basikal secara berbahaya,” katanya.

 ??  ?? TIGA ahli geng basikal lajak berlumba sesama sendiri di jalan masuk ke Taman Rekreasi Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterwort­h.
TIGA ahli geng basikal lajak berlumba sesama sendiri di jalan masuk ke Taman Rekreasi Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterwort­h.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia