Harian Metro

Remaja lemas tergelinci­r dari tebing

-

Sepang: “Rakan mangsa jerit tolong dan saya sangka dia main-main kerana sebelum itu, mereka dilihat bergurau bersama,” kata Megat Mohamad Ammir Mohamad Isa, 35, saksi kejadian lemas membabitka­n pelajar Sekolah Menengah Agama Haji Muhamad, Bahau, Negeri Sembilan di Pantai Bagan Lalang, di sini.

Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Farhan Zailani, 15, dilaporkan hilang selepas tergelinci­r dari tebing, petang kelmarin seterusnya dibawa arus sebelum mayatnya ditemui jam 4.45 petang semalam.

Difahamkan, remaja terbabit bersama rakan keluar dari kumpulan 82 pelajar sekolahnya yang menghadiri perkhemaha­n motivasi di Pantai Bagan Lalang.

Megat Mohamad Ammir berkata, ketika kejadian dia berada 10 hingga 20 meter dari tempat mangsa terjatuh. Ketika itu dia bersama rakan dan adik ipar serta dua lagi pemancing di kawasan berkenaan.

“Kemudian

saya

lihat mangsa terkapai-kapai dan tenggelam timbul di dalam air dan kami bergegas ke sana sebelum dia hilang daripada penglihata­n, sekali gus tidak sempat menyelamat­kannya.

“Rakan mangsa kelihatan trauma dan panik, malah dia memanggil ustaz (guru pengiring). Saya minta remaja terbabit memaklumka­n perkara itu kepada guru,” katanya.

Megat Mohamad Ammir berkata, dia meminta guru sekolah berkenaan menghubung­i talian 999 dan kira-kira 10 minit selepas itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba lokasi kejadian.

“Selain kami (pemancing), bot nelayan yang berada di situ turut berusaha mencari mangsa, namun tidak berjaya menemuinya,” katanya.

Dia mendakwa tempat mangsa dan rakannya bermain adalah di kawasan muara, malah ada beting di situ berikutan kerja mengorek yang dilakukan baru-baru ini. Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bersama ibu bapanya antara 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Perak di enam lokasi sekitar Semanggol dan Parit Buntar, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Perak (Kawalan) Ahamat Puad Abd Hamid berkata, operasi membabitka­n 19 pegawai dan anggota imigresen Ipoh di beberapa lokasi sekitar Parit Buntar dan Semanggol termasuk pusat hiburan, rumah kongsi di tapak pembinaan dan rumah.

Katanya, 87 warga asing diperiksa dan 32 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Semua yang ditahan termasuk enam lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki termasuk kanak-kanak dan wanita warga Indonesia, dua wanita Thailand dan selebihnya Vietnam,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa lemas yang ditemui di Pantai Bagan Lalang.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa lemas yang ditemui di Pantai Bagan Lalang.
 ??  ?? ANTARA wanita warga Vietnam yang ditahan di pusat hiburan.
ANTARA wanita warga Vietnam yang ditahan di pusat hiburan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia