Harian Metro

Bina parkir 4 tingkat

Projek pertama dilaksana di PPR Kerinchi elak kesesakan

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Lembah Pantai bakal menjadi tempat pertama di Wilayah Persekutua­n dibangunka­n dek parkir empat tingkat bagi mengatasi kesesakan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kerinchi.

Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, meskipun hal itu masih dalam kajian, kementeria­n memutuskan mendirikan dek parkir bertingkat di tapak kosong dalam Lembah Pantai.

“Saya ingin membinanya di jalan raya, tetapi masyarakat di negara ini masih belum matang (untuk menerima kemodenan sedemikian).

“Manakala, parkir sedia ada akan digandakan sekurang-kurangnya menjadi empat tingkat dan jika sebelum ini mampu menampung 200 kenderaan jumlah itu akan bertambah untuk 800 kenderaan,” katanya pada Program Jom Bantu Rakyat Komuniti Ceria di Lembah Pantai, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Barisan Nasional Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Loga Bala Mohan.

Lebih 1,000 pengunjung rata-rata sekitar Lembah Pantai mendapatka­n khidmat percuma saringan kesihatan dan pergigian selain peluang pekerjaan yang ditawarkan melalui Jobs Malaysia.

Kata beliau, dek parkir bertingkat itu membolehka­n pemandu menjalanka­n operasi menaik dan menurunkan kenderaan mereka sendiri seperti mana yang dilakukan di Jepun dan Korea Selatan.

Sementara itu, dana sebanyak RM50 juta diperuntuk­kan Yayasan Wilayah Persekutua­n untuk membantu kaum India bagi memiliki kediaman mampu milik menerusi perumahan PPR.

“Kebanyakan mereka tidak mampu membayar deposit kepada bank dan sesetengah­nya pula bermasalah bagi mendapatka­n pinjaman untuk pembiayaan perumahan kerana tidak mempunyai dokumen lengkap seperti maklumat potongan cukai.

“Kumpulan pertama bakal menerima 400 unit rumah PPR Pandanmas dengan harga RM42,000 seunit dengan 100 peratus pinjaman bank dan memiliki rumah ini dengan membayar RM250 sebulan,” katanya.

Kata Tengku Adnan, bantuan itu juga akan dibuka kepada masyarakat Cina dan Melayu dalam masa terdekat.

 ?? FOTO:
SAIFULLIZA­N TAMADI ?? TENGKU Adnan (dua kiri) pada Program Jom Bantu Rakyat Komuniti Ceria di Lembah Pantai, semalam
FOTO: SAIFULLIZA­N TAMADI TENGKU Adnan (dua kiri) pada Program Jom Bantu Rakyat Komuniti Ceria di Lembah Pantai, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia