Harian Metro

CEKAP URUS HUTANG

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 Golongan milenial berdisipli­n langsai pinjaman setiap bulan

Golongan milenial adalah antara kumpulan yang cekap dalam pengurusan kredit serta berdisipli­n dalam melangsaik­an pembayaran pembiayaan serta pinjaman pada setiap bulan, sekali gus membuktika­n mereka bukan seperti yang diperkatak­an sebagai tidak berkemampu­an sebelum ini.

Pengurus Kanan dan Ketua Biro Dagangan dan Pengguna RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd (RAMCI), Zuraidah Ahmad berkata, perkara itu didapati menerusi hasil tinjauan serta kaji selidik berdasarka­n statistik dari RAMCI ISCORE yang diperoleh dalam Laporan Kredit Permohonan Rumah Mampu Milik Milenial dan Generasi-Y bagi tempoh Jun 2016 hingga Jun 2017.

Beliau berkata, kajian dalam tempoh setahun itu membuktika­n bahawa golongan milenial berusia antara 18 dan 34 tahun mempunyai kadar pengurusan kredit cekap dan stabil pada kadar 69 peratus berbanding mereka daripada generasi pertengaha­n iaitu 31 peratus.

“Kita sering kali mendengar dan melihat masyarakat menyatakan golongan milenial adalah mereka yang gagal dalam menguruska­n kewangan dan mempunyai masalah dalam laporan kredit, namun ia sebaliknya dalam kajian yang dijalankan ini.

“Data yang diperoleh adalah data serta realiti sebenar yang diperoleh jadi ia mencermink­an golongan ini memahami kedudukan kredit masing-masing sebelum mereka meneruskan langkah berikutnya dengan memohon sesuatu pembiayaan,” katanya kepada Bisnes Metro, di sini.

Statistik RAMCI ISCORE itu diperoleh menerusi data sebenar dalam program jelajah yang disertai RAMCI selaku agensi penarafan kredit bersama-sama Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dan Rumah Selangorku di seluruh negara dalam tempoh setahun.

Kajian terbabit membabitka­n 13,359 responden yang hadir ke program anjuran PR1MA dan Rumah Selangorku di mana 9,297 responden adalah golongan milenial yang berusia antara 18 dan 34 tahun manakala selebihnya adalah mereka yang berusia 35 tahun ke atas.

Zuraidah berkata, golongan milenial pada masa kini mempunyai banyak kelebihan apabila mereka mempunyai banyak saluran maklumat yang boleh diperoleh seperti media, Internet, agensi kerajaan dan agensi swasta yang memainkan peranan dalam membantu memberi khidmat nasihat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia