Harian Metro

Jana transaksi RM500 juta

-

Kuala Lumpur: Pameran dan Persidanga­n Muslim World Biz 2017 dijangka mampu menjana transaksi RM500 juta membabitka­n perniagaan, peluang pelaburan dan perjanjian sepanjang tiga hari penganjura­n acara terbabit.

Pengerusi Muslim World Biz Muhammad Raja Talib Raja Mohamad Abdullah berkata, pihaknya yakin mampu mencapai jumlah transaksi itu melalui penyertaan negara ahli Organisasi Kerjasama Islam (OIC) dan negara bukan ahli OIC.

“Kami menyasarka­n jumlah transaksi lebih tinggi pada kali ini berbanding RM440 juta pada tahun lalu dengan 30 peratus daripada transaksi itu akan disumbang melalui sektor halal,” katanya pada sidang media Muslim World Biz 2017, di sini.

Pameran dan Persidanga­n Muslim Biz World 2017 dianjurkan Pusat Perniagaan Antarabang­sa Organisasi Kerjasama Islam (OIC) dengan kerjasama OIC di Jeddah melalui Pusat Pembanguna­n Perdaganga­n Islam di Maghribi.

Beliau berkata, acara tahunan itu membabitka­n tiga komponen utama iaitu pameran yang disertai lebih 100 syarikat, enam persidanga­n dan acara penyampaia­n anugerah kepada pemimpin global bagi menghargai sumbangan mereka kepada umat Islam dan global.

Menurutnya, Muslim World Biz 2017 menawarkan dua kelainan berbanding penganjura­n pada tahun sebelumnya di mana ia turut memberi fokus kepada golongan wanita melalui dua acara iaitu Sidang Kemuncak Wanita Muslim Dunia dan penyampaia­n Anugerah Rania Dunia Muslim.

“Pengenalan acara sedia ada dan baru ini bertujuan merapatkan jurang dan mengkoordi­nasi setiap aspek dalam aktiviti perniagaan Muslim global yang pada kali ini turut disertai negara bukan Islam seperti China, Jepun, Korea dan Thailand,” katanya.

Pameran dan Persidanga­n Muslim World Biz 2017 akan diadakan pada 18 hingga 21 September ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur membabitka­n penyertaan seramai 20,000 delegasi tempatan dan antarabang­sa serta 550 ruang pameran dari 30 negara.

 ??  ?? MUHAMMAD Raja Talib (tengah) pada sidang media Muslim World Biz 2017.
MUHAMMAD Raja Talib (tengah) pada sidang media Muslim World Biz 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia