Harian Metro

Kudung kerana cemburu

Wanita ditetak kedua-dua kaki oleh suami sendiri

-

Seorang pembantu rumah kudung kakinya selepas ditetak suami yang mengesyaki­nya berlaku curang.

Putu Careen diserang suaminya Kadek Adi Waisaka yang dipercayai mabuk di kediaman mereka pada petang Selasa lalu dalam kejadian disaksikan dua anaknya.

Menurut polis, Kadek membawa parang dan cuba mengancam isterinya untuk membuat pengakuan mempunyai hubungan sulit.

Putu bagaimanap­un berkeras menafikan tuduhan terhadapny­a sehingga akhirnya kakinya kudung ditetak suaminya.

Menurut polis, Kadek yang rasa bersalah terus membawa isterinya ke klinik berhampira­n sebelum ditangkap.

Putu sudah dua tahun bekerja dengan Rohan Lee, seorang bekas atlet seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA) yang berpindah ke Canggu dari Perth dua tahun lalu.

Imej menunjukka­n lantai di rumah mereka berlumuran darah, dengan kesan lebih banyak dirakam di halaman rumah. Parang digunakan untuk menyerang mangsa turut ditemui di tempat duduk berhampira­n kesan darah.

Satu gambar yang diambil dalam bilik kecemasan menunjukka­n Putu dalam keadaan kesakitan dengan kedua-dua kakinya dibalut.

Lee berkata, Putu tidak mempunyai wang untuk membayar kos perubatan, mendapatka­n kaki prostetik dan menjalani pemulihan.

“Sekiranya anda pernah mengenali Putu, anda tahu dia seorang yang penyayang dan baik hati.

“Dia juga pernah merawat saya ketika saya mengalami demam denggi. Saya tidak faham bagaimana suaminya sanggup melakukan perkara seumpama itu kepada seseorang yang penyayang dan baik hati,” katanya.

Menurutnya, Putu kekal positif dan masih mampu senyum serta ketawa walaupun berdepan kejadian mengerikan itu.

 ??  ?? PUTU kudung kakinya selepas ditetak suami.
- Daily Mail
PUTU kudung kakinya selepas ditetak suami. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia