Harian Metro

‘Fikir hala tuju anda’

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kien Kiat nasihat beregu badminton negara ketepi ego masing-masing serta baiki persefaham­an dalam gelanggang

Mereka (V Shem-Wee Kiong) seharusnya berbincang kerana bagi

saya mereka adalah gandingan yang mantap kalau tidak macam mana boleh menang pingat

perak Olimpik

Koo Kien Keat

Sebagai bekas pemain beregu lelaki negara dan pernah berada di puncak karier satu ketika dulu, Koo Kien Keat percaya masalah yang dihadapi oleh Goh V Shem-Tan Wee Kiong boleh diselesaik­an dengan cara baik.

Menurut naib juara Kejohanan Dunia 2010 itu, apa yang dilalui oleh V Shem-Wee Kiong pernah dialaminya satu ketika dulu.

“Dulu saya pun mempunyai masalah dengan gandingan saya, Tan Boon Heong tapi kita perlu tanya kepada diri sendiri adakah sasaran dan hala tuju kita masih lagi sama,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Jelasnya, sebelum ini sasaran dan hala tujunya dengan Boon Heong sentiasa sama cuma ada perbezaan pendapat ketika berada di gelanggang.

“Paling penting ialah sasaran dan hala tuju kita sama. Jika impian dan tujuan sama barulah kita teruskan (kekal berganding­an).

“Mereka (V Shem-Wee Kiong) seharusnya berbincang kerana bagi saya mereka adalah gandingan yang mantap kalau tidak macam mana boleh menang pingat perak Olimpik,” kata Kien Keat.

Ujar bekas pemain nombor satu dunia itu, V Shem-Wee Kiong harus bijak untuk berdepan masalah yang sedang mereka hadapi.

“Saya tidak tahu puncanya dari siapa tapi semua lelaki mempunyai ego masing-masing. Ego ini sepatutnya disimpan dan diketepika­n.

“Bincang dan berikan pendapat masing-masing baru fikir untuk melakukan perubahan. Jika pendapat masih sama tidak perlu membuat apa-apa pertukaran,” katanya.

Kien Keat yang pernah berada dalam pasukan yang sama dengan V Shem-Wee Kiong di Piala Thomas 2016 mengakui kedua-dua pemain itu harus memperbaik­i persefaham­an masing-masing.

“Pertama sekali kita biarkan mereka selesaikan masalah secara sendiri, jika tidak berhasil barulah panggil pihak ketiga untuk menjadi orang tengah.

“Orang ketiga ini sepatutnya dipercayai oleh V Shem-Wee Kiong barulah mereka akan menceritak­an segala-galanya. Individu ini hendaklah adalah orang yang sangat mereka hormati kerana jika tidak, mereka tidak akan bercakap,” kata Kien Keat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia