Harian Metro

2,000 sertai ‘Just Run’

- Muhammad Shalaby Shahbuddin sukan@hmetro.com.my

Bukit Mertajam: Seramai 2,000 peserta bakal menyertai program larian 'Just Run 2017' yang dianjurkan Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang dan bakal berlangsun­g di Bandar Perda, 5 November ini.

Pengurus Pemasarann­ya, Eric Beh berkata, program larian berkenaan adalah acara kedua dianjurkan selepas program 'Run & Dance' yang berlangsun­g pada 4 Disember lalu.

Beliau berkata, program tahun lalu membabitka­n acara larian dan tarian namun kali ini pihaknya memberikan kelainan dengan lebih menumpukan pada acara larian saja.

“Program 'Just Run 2017' menawarkan hadiah menarik iaitu pemenang pertama hingga ketiga setiap kategori bakal merebut wang tunai RM500, RM300 dan RM200 kecuali kategori 'Fun Run'.

“Tempat keempat hingga ke-10 turut berpeluang memenangi wang tunai RM50 selain peserta membawa pulang pingat, baju-t dan sijil penyertaan,” katanya.

Eric berkata, acara larian terbabit terbahagi lima kategori iaitu terbuka 'Fun Run', lelaki dan wanita terbuka (18 hingga 39 tahun ke atas) serta lelaki dan wanita veteran (40 tahun ke atas).

Beliau berkata, empat kategori itu membabitka­n jarak 15km manakala Fun Run hanya sejauh 4km.

“Program itu bertujuan mewujudkan kesedaran orang ramai mengenai gaya hidup sihat dan mereka yang berminat boleh mendaftar di laman web www.youvote.asia sebelum 1 Oktober ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia