Shahzan Muda Junior tewas tipis
Kuantan: Shahzan Muda Junior FC (gambar) akur selepas hanya muncul naib juara Kejohanan Piala Tan Sri Shahrir Abd Samad 2017 yang berlangsung di Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.
Pada aksi final itu, pasukan berkenaan tunduk 0-1 kepada pasukan Anuar Abu Bakar (AAB)-MBSA sekali gus melayakkan mereka membawa pulang pingat, wang tunai RM800 dan sijil.
Shahzan Muda bermula garang di peringkat kumpulan apabila menewaskan Medini Trust School 4-0, diikuti seri tanpa jaringan dengan Impian Emas Darul Takzim.
Pada pusingan kedua kalah mati, pasukan itu yang