Harian Metro

Mou tetap yakin dengan United

-

Stoke-On-Trent: Jose Mourinho mendakwa keyakinann­ya terhadap pasukan Manchester United tetap utuh sekalipun Stoke City meranapkan permulaan sempurna mereka pada musim baru Liga Perdana dengan keputusan seri 2-2.

Eric Maxim Choupo-Moting meledak dua gol buat Potters, muncul pemain pertama menyumbat gol menentang United dalam empat perlawanan musim ini dan membantu Stoke menjadi pasukan pertama menafikan mereka mata maksimum.

Mourinho menyaksika­n kealpaan benteng pertahanan bagi kedua-dua gol pemain kebangsaan Cameroon itu sekali gus menafikan pasukannya kemenangan keempat berturut-turut pada permulaan musim namun beliau tetap gembira dengan posisi United di puncak liga, unggul menerusi perbezaan gol di depan Manchester City.

“Mudah memperkata­kan sesetengah pemain kurang bersungguh-sungguh dan melakukan beberapa kesilapan,” katanya.

“Saya sedar selepas tugasan antarabang­sa tidak ada keajaiban, kecederaan, keletihan atau kekurangan tumpuan dan kami mempunyai sesetengah daripadany­a.

“Jadi saya tidak kecewa dengan pemain, saya tidak mahu mengkritik mereka, ia hanya kesan biasa.

“Empat perlawanan, 10 mata, tangga teratas liga, kami OK. Kami sedar ia satu perlawanan sukar dan setiap mata anda perlu rebut jadi saya mempunyai mentaliti selepas tiga perlawanan dan sembilan mata, jaringan 10-0.

“Seri satu keputusan yang adil. Satu pasukan mahukan kemenangan, satu lagi mahukan seri, tapi pasukan yang seri berjuang hebat untuk mendapatka­nnya.

“Mereka banyak bertahan dan ia sudah menjadi corak dalam Liga Perdana, bertahan sebegini.

“Tapi mereka bertindak dengan baik dan secara fizikal pasukan itu amat kuat dan mungkin mereka berhak mendapat satu mata.”

Gol Marcus Rashford pada masa kecederaan babak pertama dan jaringan keempat Romelu Lukaku dalam empat perlawanan membantu United meraih mata di Stadium Britannia. - AFP

 ??  ?? CHOUPO-MOTING (dua dari kiri) jaring dua gol bantu Stoke ikat United.
CHOUPO-MOTING (dua dari kiri) jaring dua gol bantu Stoke ikat United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia