Harian Metro

Kemboja mangsa keempat B-19

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Skuad bawah 19 tahun (B-19) terus cemerlang mengekalka­n rekod bersih dalam Kejuaraan Bawah 18 tahun (B-18) Persekutua­n Bolasepak Asia Tenggara (AFF) 2017 selepas menundukka­n Kemboja 2-0 di Stadium Thuwunna, semalam.

Selepas meratah Laos 4-1 pada aksi pembukaan Kumpulan A disusuli membenam seteru seberang tambak, Singapura 3-1 dan mengekalka­n konsistens­i dengan meraih kemenangan 3-0 ke atas Timor Leste, anak buah Bojan Hodak itu nyata enggan menoleh ke belakang dan terus ‘berselera’ menjadikan Kemboja sebagai mangsa keempat mereka pada aksi serantau itu.

Rekod bersih yang diraih itu sudah pasti memberi amaran kepada gergasi Asia Tenggara, Thailand betapa Malaysia bersedia untuk menundukka­n lawan menjelang pertemuan dua pasukan itu di gelanggang sama, petang esok.

Malah, ia sudah pasti akan menjadi motivasi terbaik Kuala Lumpur: Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah mengaku bukan mudah untuk pemain Malaysia mendapat tempat bermain dengan kelab besar Liga 1 Thailand.

Ini kerana beberapa faktor menjadi kekangan termasuk kriteria tinggi pemain yang ditetapkan oleh kelab negara jiran itu.

“Jika mahu bermain di Thailand, saya nasihatkan pemain agar menyertai kelab besar di sana. Kelab besar seperti Muangthong United, Bangkok Glass, Bangkok United, Chonburi dan Buriram boleh memberikan pengalaman baik buat pemain kita.

“Kelab besar ini mampu membayar gaji lebih tinggi kepada pemain berbanding kelab lain. Saya percaya tiada pemain tempatan yang mahu berpindah ke Thailand untuk mendapat gaji lebih rendah atau sama dengan apa yang mereka terima sekarang.

“Bagaimanap­un bukan mudah untuk pemain kita mendapat tawaran bermain di Thailand, kerana kelab

(gambar)

buat skuad muda negara untuk mengekalka­n prestasi konsisten apabila bertemu besar di sana meletakkan kriteria tinggi dalam pemilihan pemain import. Tapi jika ada tawaran sudah pasti saya menggalakk­an mana-mana pemain rebut peluang ini kerana Liga Thailand tidaklah terlalu hebat tapi lebih baik berbanding Liga Malaysia,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Akhbar ini melaporkan enam pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara kini diintai kelab utama Thailand yang berpangkal­an di Bangkok dan Chonburi.

Pemain berkenaan adalah pertahanan Adam Nor Azlin (Selangor) dan Adib Zainudin skuad Gajah Perang selepas mengharung­i empat aksi ‘pemanas badan’ setakat ini. (FELCRA FC), pemain tengah Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang), Nor Azam Azih (Pahang) dan penyerang Jafri Firdaus Chew (Pulau Pinang) serta N Thanabalan (FELCRA FC).

Effendi yang bertindak sebagai ejen kepada Thanabalan menyatakan bahawa sudah menjadi kebiasaan spekulasi pemain tempatan dikaitkan dengan kelab luar berlaku selepas Sukan SEA atau Piala AFF.

“Setakat ini saya belum dihubungi oleh mana-mana kelab Thailand yang berminat dengan Thanabalan. Apa yang pasti sekarang, Thanabalan masih mempunyai

Dengan kelibat Thailand yang dilihat sebagai pencabar utama Malaysia di peringkat kontrak setahun lagi sebagai pemain Negeri Sembilan yang dipinjamka­n ke FELCRA FC,” katanya. kumpulan, aksi itu boleh diibaratka­n sebagai ujian sebenar buat anak buah Hodak dengan tiket selaku juara Kumpulan A menjadi taruhan.

Pada aksi terbabit, Hodak melakukan beberapa rombakan dalam kesebelasa­n utamanya namun mereka tidak berdepan masalah apabila tetap memperagak­an aksi bertenaga dan hantaran pendek yang dilakukan kerap memerangka­p pemain Kemboja.

Namun, Malaysia perlu menunggu sehingga minit ke-22 untuk memecah kebuntuan menerusi penyudah pemain tengah pasukan Piala Belia PKNS FC, Shafizi Iqmal Md Khiruddin yang juga gol sulungnya pada kejohanan itu.

Babak kedua menyaksika­n Malaysia terus mengasak kubu pertahanan Kemboja dan kegigihan mereka berbalas apabila pertahanan, Syafiq Danial Romzi melebarkan jurang dengan gol kedua, 10 minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Selepas mengharung­i empat perlawanan, Malaysia meraih 12 mata dan meledak 12 gol selain hanya dibolosi dua yang menyaksika­n mereka berjaya ‘menutup’ pintu gol daripada dibolosi dalam dua perlawanan berturut-turut bertemu Timor Leste dan Kemboja.

 Rekod bersih jadi azimat hadapi Thailand petang esok

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ADAM
ADAM
 ??  ?? ADIB
ADIB
 ??  ?? THANABALAN
THANABALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia