Harian Metro

Melaka resah selepas tewas dengan UiTM

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Aksi hambar hingga mengakibat­kan kekalahan 3-5 di tangan UiTM FC pada aksi terakhir Kumpulan C, Piala Malaysia di Shah Alam kelmarin meletakkan Melaka United dalam keadaan sukar untuk menghadapi baki tiga perlawanan Liga Super musim ini.

Jika persembaha­n sama terus dipamerkan pada perlawanan menentang Perak dan Kelantan, sudah pasti misi Melaka untuk kekal di Liga Super menjadi angin.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka, Mohd Yusoff Mahadi berkata, beliau hairan apabila pemain gagal menunjukka­n persembaha­n meyakinkan pada aksi berkenaan sehingga membolehka­n tuan rumah menguasai perlawanan.

Katanya, corak persembaha­n dan rangkaian barisan pertahanan, tengah dan serangan tidak begitu menjadi sehingga mengakibat­kan gawang pasukan dibolosi sebanyak lima kali.

Sehubungan itu, beliau mahu jurulatih, Eduardo Almeida memberi penekanan terhadap kekebalan ketika bertahan selain melakukan gerakan tersusun untuk menyerang selain bijak meledak jaringan.

Pada saingan berkenaan, The Lion Troops mencipta lima gol masing-masing menerusi hatrik Akanni Sunday (m-12, m-37, m-90) serta dua gol jaringan Do Donghyun (m- 29, m- 72) sementara tiga gol Melaka dihasilkan Jeon Wooyoung (m-32), Azinee Taib (m-55) dan Fauzi Roslan (m-73).

“Apa yang pasti, UITM FC beraksi pada tahap terbaik dalam perlawanan itu sehingga kami gagal menutup ruang bagi menghalang tuan rumah mencipta jaringan.

“Apapun, saya mahu Melaka menjadikan perlawanan itu sebagai pengajaran dan bertindak cemerlang ketika berdepan Johor Darul T'azim (Johor DT) pada saingan suku akhir Piala Malaysia sekali gus mencipta kejutan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia