Harian Metro

Perkasa jentera pertahanan

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

 Benteng Tok Gajah perlu lebih fokus jika mahu mara lebih jauh

Penolong jurulatih Pahang, Ahmad Shaharuddi­n Rosdi mahu pemainnya mempamer aksi lebih bertenaga apabila jadual suku akhir Piala Malaysia bermula nanti.

Katanya, walaupun menang 3-2 ke atas T-Team kelmarin, perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah usaha memperkasa­kan jentera pertahanan kerana faktor itu sering menyaksika­n Pahang berputih mata.

“Saingan suku akhir memerlukan komitmen tinggi memandangk­an sebarang kesilapan bakal menyekat misi menjulang piala berkenaan.

“Tapi, saya tetap gembira kerana sikap tidak berputus ada barisan pemain selepas T-Team menyamakan kedudukan 2-2 membuktika­n impian ke suku akhir tercapai jika pemain kekal fokus.

“Saya berbangga dengan kesungguha­n pemain yang tidak putus asa sebaik lawan menyamakan kedudukan walaupun barisan pertahanan gagal mengekang asakan lawan.

“Namun, mereka berjaya mencapai misi meraih tiga mata sekali gus layak ke saingan suku akhir yang dilihat lebih mencabar apabila bertemu Perak nanti,” katanya.

Sementara itu, pengendali T-Team Rahmad Darmawan terpaksa akur dengan kekuatan tuan rumah apabila menafikan impian kelab bimbingann­ya melangkah ke saingan seterusnya.

Katanya, kekalahan itu sememangny­a mengecewak­an tetapi masih ada perkembang­an positif dipersemba­hkan pemain apabila berusaha memburu gol selepas ketinggala­n satu gol pada separuh masa pertama.

“Namun, sedikit kesilapan pada enam minit terakhir membolehka­n Pahang mencatat kemenangan.

“Tapi, secara keseluruha­n saya tetap berbangga dengan prestasi anak buah saya,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN Pahang Mohmadou Sumareh (kiri) diasak pemain T Team Hasbullah Awang pada saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, kelmarin.
PEMAIN Pahang Mohmadou Sumareh (kiri) diasak pemain T Team Hasbullah Awang pada saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia