Harian Metro

TAKUT DALAM BERANI

- DARI MUKA 1

Marsha sahut cabaran sertai AF Megastar demi karier nyanyian

Ramai juga peminat menyangka Marsha sudah tidak menyanyi walaupun sebelumnya pernah muncul dengan beberapa single. Malah, ada cakap-cakap mengatakan Marsha lebih sesuai berlakon dan mengacara.

Disebabkan itu, tawaran menyertai program AF Megastar diterima bagi membuktika­n dirinya masih boleh menyanyi dengan baik. Pada masa sama, Marsha ingin membuka mata pihak lain mengenai kemampuan sebenar dirinya.

“Pada mulanya saya tidak mahu menyertai pertanding­an ini. Malah ketika terdengar ura-ura saya buat tidak tahu saja. Namun selepas diberitahu pengurus mengenai tawaran ini, saya berfikir banyak kali.

“Bukan apa, ketika AF3 dulu saya sudah merasai tekanan bertanding. Saya takut melalui perkara sama lagi. Bagaimanap­un, saya menerima tawaran diberikan kerana memikirkan soal kelangsung­an kerjaya.

“Lagipun selama ini ramai yang terlupa saya penyanyi. Jadi, ini peluang terbaik untuk saya membuktika­n kemampuan sebenar. Kali ini penonton melihat sisi berbeza saya tidak seperti ketika menyertai AF3. Dulu lebih kepada nak menarik perhatian pengundi,” katanya.

Marsha yang juga pelakon filem Jwanita tidak menganggap program ini sebagai pertanding­an, sebaliknya pentas untuk dia membuat persembaha­n.

Malah Marsha berjanji untuk memberikan persembaha­n berbeza pada setiap minggu.

“Kalau dulu ada guru yang mengajar, tetapi sekarang atas kreativiti sendiri. Pada masa sama, tempoh 12 tahun berada dalam industri hiburan cukup

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia