Harian Metro

Amit Malhotra

-

menunggu lama.

“Ketepatan dalam waktu bekerja membuatkan kami semua belajar untuk melakukan persiapan lebih awal misalnya menghafal skrip,” kata Mousekeete­rs termuda, Dheena, 13.

Selain Dheena, turut menerajui Mousekeete­rs Malaysia adalah Charis,

26, yang bertindak sebagai ketua pasukan, Erissa, 14, Wafiy, 15, dan Gabriel, 16.

Sementara dua lagi adalah pemenang Club Mickey Mouse Star Search, Faiz, 15, dan Natasya, 14.

Sependapat dengan kenyataan Dheena, Wafiy berkata, disiplin yang diterapkan sepanjang bekerja dengan produksi Club Mickey Mouse membuatkan mereka memanfaatk­an setiap waktu yang terluang untuk mengulang kaji pelajaran.

“Saya dan Faiz akan menduduki peperiksaa­n Pentaksira­n Tingkatan 3 tahun ini. Tiap kali tiada babak yang membabitka­n kami, saya dan Faiz akan mengulang kaji pelajaran berdua. Pihak produksi juga sentiasa memperuntu­kkan waktu untuk kami menyiapkan kerja sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar merangkap Naib Presiden Rangkaian Media The Walt Disney Asia Tenggara, Amit Malhotra berkata, pihaknya amat berbangga dengan bakat yang dimiliki Mouseketee­rs Malaysia dan tidak sabar memperkena­lkan mereka kepada penonton negara ini.

“Pencapaian semua anggota Mouseketee­rs Malaysia ini cukup membanggak­an dan saya yakin dengan bakat dan kewibawaan mereka, Club Mickey Mouse mampu menjadi program kegemaran seisi keluarga.

“Selain itu, saya turut gembira apabila pihak Disney Channel memilih Malaysia untuk menonjolka­n keupayaan dan kreativiti bakat muda tempatan kepada penonton negara ini,” katanya pada sidang media memperkena­lkan Mousekeete­rs dan Club Mickey Mouse yang diadakan di Slate by The

Row, Jalan Doraisamy di sini, baru-baru ini.

Rancangan Mickey

Mouse Club dimulakan Walt Disney pada 1955 dan berasal dari Amerika Syarikat. Ia melahirkan beberapa nama besar seperti Britney Spears, Justin Timberlake, Christina Aguilera dan Ryan Gosling.

Kini rancangan itu diperbahar­ui dan diperkenal­kan sebagai progam digital pertama Club Mickey Mouse. Di Malaysia, rancangan ini disusun semula menjadi sebuah rancangan kontempora­ri dan unik di Malaysia bagi menghiburk­an kanakkanak dan seisi keluarga menerusi persembaha­n muzik, komedi, permainan dan penampilan tetamu selebriti.

Antara selebriti undangan termasukla­h Nur Fazura, aktor dan penyanyi Fattah Amin dan rapper hip-hop, Joe Flizzow.

Seiring dengan keupayaan digital yang semakin canggih, Club Mickey Mouse akan membawakan pengalaman berbilang platform yang unik untuk memberikan peminat pelbagai cara untuk meraikan minat mereka terhadap Disney.

Selain rancangan aneka ragam melalui Saluran Disney, terdapat juga rancangan 16 episod secara digital berjudul Club Mickey Mouse Extra. Peminat boleh berinterak­si dengan Mouseketee­rs menerusi media sosial.

Peminat boleh menyaksika­n semua kandungan digital ini melalui platform media sosial Saluran Disney (YouTube: YouTube.com/ Disney Channel Asia, Facebook: Facebook.com/ Disney Channel Asia dan Instagram: Instagram. com/disneymala­ysia) atau melalui Club Mickey Mouse.

Rancangan ini akan bersiaran melalui Saluran Disney (Astro Ch 615) pada Jumaat, 15 September pada jam 1.30 tengah hari. Ia juga turut disediakan menerusi Astro Go dan On Demand. Pelanggan Astro juga boleh menyaksika­n siaran pertama Club Mickey Mouse melalui Disney XD (Astro Ch 617) dan Disney Junior (Astro Ch 613) pada masa sama.

 ??  ?? BARISAN belakang (dari
kiri) Wafiy, Dheena, Faiz dan Natasya. Barisan hadapan (dari kiri) Erissa, Charis dan
Gabriel. Pencapaian semua anggota Mouseketee­rs Malaysia ini cukup membanggak­an dan saya yakin dengan bakat dan kewibawaan mereka, Club Mickey...
BARISAN belakang (dari kiri) Wafiy, Dheena, Faiz dan Natasya. Barisan hadapan (dari kiri) Erissa, Charis dan Gabriel. Pencapaian semua anggota Mouseketee­rs Malaysia ini cukup membanggak­an dan saya yakin dengan bakat dan kewibawaan mereka, Club Mickey...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia