Harian Metro

IMPIAN BESAR QI

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Agak lama juga kita tidak mendengar cerita daripada pelakon dan pengacara, Qi Razali.

Terbaru, Qi bakal muncul dengan program sendiri yang bakal ditayangka­n di saluran Qi TV menerusi YouTube.

Qi berkata, program berbentuk bual bicara itu memaparkan beberapa segmen diminati seperti percutian, makanan dan hiburan.

“Insya-Allah ia mula bersiaran dalam masa terdekat ini. Sebagai permulaan saya lancarkan di YouTube dahulu. Bukan apa, saya ingin melihat maklum balas penonton. Sekiranya berjaya dan mendapat sambutan, barulah saya kembangkan secara tontonan online menerusi lawan web.

“Program ini menggunaka­n bajet dan produksi sendiri. Bukan tidak mahu mendapatka­n tajaan, tetapi kalau boleh biar ada hasilnya dahulu. Sekurang-kurangya mereka yakin dengan apa yang saya buat,” katanya.

Menurut Qi yang terkenal dengan program Destinasi Bajet, dia juga bercita-cita untuk membeli saluran sendiri bagi mengetenga­hkan Qi TV ke pasaran semasa.

“Saya menyasarka­n dalam tempoh tiga tahun Qi TV mempunyai saluran sendiri di stesen TV. Saya memang bersungguh­sungguh dalam membuat sesuatu perkara. Disebabkan itu saya cuba sehabis baik bagi memastikan program ini berjaya.

“Ikutkan sudah lama saya merancang perkara ini, namun disebabkan kekangan masa dan komitmen kerja lain membuatkan perancanga­n ini tertunda. Cuma proses gerak kerja program ini bermula awal Julai lalu.

“Saya bertuah apabila turut dibantu pasukan Lightspace Production­s sepanjang proses penggambar­an. Sementara Qi Razali Studio pula bertindak selaku tenaga kreatif dan konsep,” katanya.

Qi berkata, isi kandungan program ini menggabung­kan segala pengalaman yang pernah dilalui sepanjang terbabit dalam bidang pengacaraa­n dan penyiaran.

Apa yang penting, program ini tidak menyentuh langsung isu sensitif dan politik selain berkongsi perkara yang diminati.

“Alhamdulil­lah sekarang sudah sampai fasa suntingan akhir. Saya sendiri tidak sabar untuk melihat hasilnya. Apa yang boleh dikatakan, saya puas dengan apa dilakukan kerana pengisian program ini bukan syok sendiri.

“Tambahan pula, program ini mengetenga­hkan sepenuhnya idea saya. Lebih membanggak­an apabila menggunaka­n pasukan sendiri,” katanya.

Saya menyasarka­n dalam tempoh tiga tahun Qi TV mempunyai saluran sendiri di stesen

TV. Saya memang bersungguh­sungguh dalam membuat sesuatu perkara. Disebabkan itu saya cuba sehabis baik bagi memastikan program ini berjaya

Pada masa sama, Qi juga merancang untuk mencari bakat baru bagi diketengah­kan sebagai pengacara untuk program lain terbitanny­a nanti.

“Buat masa sekarang saya nak fokus kepada program sendiri dulu. Jadi saya merancang nak cari hos lain untuk menjayakan program itu nanti. Kalau boleh saya inginkan hos yang mempunyai minat melancong.

“Selain itu, dalam fikiran saya juga sudah ada beberapa nama iaitu hos sedia ada. Namun kalau dapat yang baru dan segar pun okey juga,” katanya.

Dalam pada itu, Qi juga meluahkan rasa kecewa apabila terdapat stesen TV yang ingin membeli program terbitanny­a pada harga yang rendah.

“Dahulu saya pernah nak jual program dihasilkan ke stesen TV, tetapi nilai yang diberikan tidak setimpal dengan apa yang saya buat. Saya beranggapa­n ia tidak berbaloi. Disebabkan itu saya tunda penghasila­n program ini,” katanya.

Walaupun sibuk dengan penerbitan program sendiri, Qi juga masih mendapat tawaran mengacara program lain.

Menurut Qi, dia baru saja menjayakan rakaman program The Street Tanah Air Ku bagi musim ketiga.

Selain itu, program Sunnah Home juga masih ditayangka­n di saluran Astro.

 ?? FOTO: ?? QI ketika di lokasi penggambar­an.
FOTO: QI ketika di lokasi penggambar­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia