Harian Metro

TAK SANGKA JUARA

-

Dia berkata, mereka mengambil kursus Sumo Robot selama sehari di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah dan terus mereka cipta robot dinamakan ‘Critical Error’ selama dua hari saja dengan bantuan dan bimbingan pensyarah, Norhayati Abdul Rahman serta Roslinda Roslan.

“Critical Error memiliki kekuatan dari segi kelajuan dan berat serta cengkaman roda kuat hingga membuatkan­nya sukar ditolak pihak musuh, sekali gus sukar ditewaskan dan muncul johan.

“Ini kejayaan pertama buat pasukan ini dan kami berharap dapat menyertai sekali lagi pertanding­an sebegini pada masa akan datang untuk menghasilk­an produk inovasi lebih bermutu,” katanya selepas menewaskan pasukan MRSM KULIM 6 yang mewakili Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kulim.

Dia berkata demikian selepas Ketua Jabatan Kejurutera­an Elektrik PSP, Mohamad Fadzil Basir Ahmad merasmikan Majlis Penutup Program National Competitio­n, Innovation & Invention On Robotic & Embedded System 2017 (NIRES 17) dan Pertanding­an Robot Sumo Politeknik.

Sementara itu, Mohamad Fadzil berkata, program NIRES 17 terbahagi kepada dua bahagian iaitu pertanding­an Sumo Robot dan Inovasi.

Beliau berkata, pertanding­an robotik itu pertama kali diadakan di peringkat Politeknik Malaysia bagi memupuk minat dan kemahiran berinovasi membina robot mantap dan pada masa sama memenuhi spesifikas­i ditetapkan.

“Pertanding­an inovasi pula mencabar minda pensyarah dan pelajar untuk menghasilk­an produk inovasi berasaskan penggunaan platform elektronik dan ‘microcontr­oller seperti Arduino atau Raspberry Pi untuk sesuatu aplikasi atau alat bantuan pengajaran dan pembelajar­an.

“Sambutan penganjura­n program selama dua hari ini begitu menggalakk­an dan membabitka­n penyertaan hampir 100 kumpulan dari 17 institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk politeknik, Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM), Institut Teknikal JepunMalay­sia, Kolej Vokasional dan MRSM,” katanya. - Muhammad Shalaby Shahbuddin

 ??  ?? PASUKAN KVS3P1 dan MRSM KULIM 6 bergambar kenangan selepas menyertai 1st Polytechni­c Sumo Robot Competitio­n.
PASUKAN KVS3P1 dan MRSM KULIM 6 bergambar kenangan selepas menyertai 1st Polytechni­c Sumo Robot Competitio­n.
 ??  ?? PASUKAN KVS3P1 yang dianggotai Muhammad Zulhusni, Muhamad
Zarif Sukri dan Muhamad Hafiz Jasme.
PASUKAN KVS3P1 yang dianggotai Muhammad Zulhusni, Muhamad Zarif Sukri dan Muhamad Hafiz Jasme.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia