Harian Metro

Gen.Y Tugas 2 dalam 1

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my NOOR AZAM AB AZIZ

Abdul Hanan galas tanggungja­wab

sebagai penerbit dan pembaca berita bahasa Arab di TV Alhijrah

Tidak pernah menyangka suatu hari nanti dia sendiri akan menjadi pembaca berita kerana dia bertanggun­gjawab selaku penerbit slot Berita berbahasa Arab di TV Alhijrah.

Namun, lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke stesen televisyen itu awal tahun ini membuka laluan baru untuk Abdul Hanan Abdul Rahman, 29, mencuba bidang berkenaan.

Pada awalnya cuma seorang pembaca berita berbahasa Arab, tetapi selepas mendapat reaksi positif daripada penonton, dia kini turut menggalas peranan sama.

“Mulanya berita Arab cuma bersiaran setengah jam selama seminggu pada jam 6.30 petang, tapi kini ia diteruskan setiap hari dan ditukar waktu menjadi lebih awal,” katanya yang pernah menyambung pelajaran di Mu’tah University, Jordan selama empat tahun hingga 2011.

CAKAP ARAB SEJAK SEKOLAH

“Dikeliling­i orang yang pandai berbahasa Arab dan lagi pula saya bersekolah di Sekolah Menengah

Agama Maahad Al-Abbasiah, Sungkai, secara tak langsung kita belajar untuk mendalami bahasa itu.

“Saya kemudian teruskan pengajian peringkat diploma dalam kursus Pengajian Islam Usuluddin di Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu sebelum ke Jordan,” katanya.

Meskipun belum setahun dia menjadi penyampai berita, ada cabaran yang ditempuhin­ya.

Katanya, pada awal penubuhan unit Berita Arab di stesen TV itu mereka kekurangan kakitangan sehingga memaksa dia bekerja selama sebulan lebih tanpa cuti.

Paling manis kata Hanan, banyak perkara dia belajar sepanjang tempoh itu.

BAHASA ARAB SUKAR

“Susahnya apabila membaca prompter dalam bahasa Arab, biasanya jika penyampai baca skrip di prompter dan kalau ada huruf tertinggal dalam satu perkataan contohnya perkataan kerana tertinggal huruf ‘a’, ia boleh jadi kerna. Kita tetap akan membacanya kerana.

“Tapi apabila skrip bahasa Arab ada tertinggal huruf atau tersalah baris, maka makna perkataan itu berubah dan ini memberi kesan kepada keseluruha­n berita itu,” katanya.

Ditanya apa pentingnya untuk belajar bahasa lain selain bahasa Inggeris dan bahasa ibunda, Hanan berkata, bahasa penting kerana ia lambang budaya sesebuah negara.

“Banyak kelebihann­ya jika kita belajar bahasa lain selain bahasa kita sendiri. Pada hari ini kita dapat lihat mereka yang menguasai dua bahasa kebanyakan­nya cenderung lebih berjaya dalam kehidupan,” katanya.

 ??  ?? HANAN (tengah) bersama rakan setugas ketika menjadi hos salah satu program.
FOKUS berkongsi berita ketika bersiaran langsung.
HANAN (tengah) bersama rakan setugas ketika menjadi hos salah satu program. FOKUS berkongsi berita ketika bersiaran langsung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia