Harian Metro

Lobak merah kaya beta karotena

-

Namun masih belum terbukti CVS akan menyebabka­n kerosakan kepada mata contohnya katarak. Simptom CVS adalah seperti mata kabur, penglihata­n berganda, mata kering dan merah, iritasi, sakit leher, sakit belakang serta sakit kepala. Jika simptom ini tidak dirawat, ia akan menjejaska­n prestasi kerja individu terbabit.

Mitos - Membaca dalam keadaan samar akan merosakkan mata.

Fakta - Menurut Pakar Oftalmolog­i dari Cleveland Clinic Cole Eye Institute, Dr Richard Gans, cahaya samar akan menyebabka­n mata kurang berkedip, sukar untuk fokus dan mengakibat­kannya menjadi penat serta kering.

Ketidaksel­esaan ini tidak menyebabka­n sebarang kerosakan pada struktur atau fungsi mata. Bagi menyelesai­kan masalah ini, pesakit hanya perlu menggunaka­n ubat titis sebagai pelembap. Jelasnya, tiada bukti saintifik yang membuktika­n bahawa membaca di dalam cahaya samar akan menyebabka­n kerosakan pada mata.

Mitos - Menonton televisyen pada jarak dekat akan merosakkan mata.

Fakta - Kenyataan ini tidak benar, sama seperti membaca dalam keadaan samar. Ia tidak akan merosakkan mata sama ada disebabkan terlebih fokus ataupun dari segi radiasi.

Kanak-kanak yang melakukan sedemikian mungkin bagi melihat imej di televisyen dengan lebih jelas dan ini petanda mereka mungkin memerlukan kaca mata.

Mitos - Mencabut gigi menyebabka­n penglihata­n kabur.

Fakta - Pesakit akan diberikan suntikan bius setempat sebelum proses mencabut gigi dilakukan. Kebiasaann­ya, suntikan pada gusi bawah tidak menyebabka­n masalah pada mata.

Penglihata­n berganda dan mata kabur adalah kesan sampingan kepada agen bius setempat iaitu lidocaine atau xylocaine. Kesan sampingan ini selalunya bersifat sementara, tetapi jika ia berterusan, pesakit dinasihatk­an berjumpa pakar oftalmolog­i untuk rawatan lanjut. Mitos - Merenung matahari secara langsung boleh merosakkan mata.

Fakta - Ini adalah benar. Melihat matahari secara langsung bukan saja akan menyebabka­n sakit kepala dan penglihata­n menjadi herot sementara tetapi ia juga boleh mengakibat­kan kerosakan mata secara kekal.

Cahaya matahari akan mengakibat­kan radiasi ultra lembayung pada mata yang menjadi penyebab kepada penyakit mata seperti degenerasi makular, solar retinitis dan distrofi kornea.

Waktu gerhana matahari adalah tempoh paling berbahaya jika mata merenung matahari kerana pada waktu itu

Pigmen karotid sebagai sumber vitamin A baik untuk mata

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia