Harian Metro

KESEDARAN cegah demam denggi

-

kajian berkenaan menyatakan bahawa mereka tahu cara mengesan gejalanya manakala 33 peratus maklum bahawa tiada penawar bagi demam denggi.

Paling membimbang­kan, hampir 70 peratus daripada rakyat di negara ini tidak sedar bahawa parasetamo­l ialah satu-satunya ubat yang disyorkan untuk menangani demam denggi seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Hasil kajian memaparkan dimensi baru kepada risiko denggi di Malaysia, potensi lebih besar untuk tersalah diagnosis atau menguruska­n penyakit secara tidak betul yang mungkin meningkatk­an kemungkina­n berlaku kerumitan yang mengancam nyawa, lantas membahayak­an pesakit.

Walaupun perangkaan negara baru-baru ini mendapati kes denggi secara keseluruha­nnya merosot berbanding tahun lalu, kesan dan akibatnya yang amat memudaratk­an mewujudkan ancaman berterusan kepada rakyat negara ini.

ANCAMAN BERTERUSAN

Denggi adalah sejenis jangkitan virus serius yang merebak daripada seorang kepada orang lain menerusi nyamuk aedes. Sebagai penyakit virus bawaan vektor yang paling pantas merebak di dunia, ancaman denggi sememangny­a berleluasa dan berbahaya, hampir 40 peratus daripada penduduk di dunia dianggarka­n menghadapi risikonya.

Di Asia Tenggara saja menunjukka­n tahap kelaziman demam denggi yang tertinggi iaitu dialami 2.9 juta orang setiap tahun dan menjadi beban serantau paling besar di dunia.

Naib Presiden Persatuan Farmaseuti­kal Malaysia, Bharati Suresh Chand berkata, demam denggi disebarkan melalui nyamuk aedes aegypti dan biasanya ia terdapat di dalam atau sekeliling kediaman.

“Walaupun anda pernah menghidap demam denggi, ia tidak bermakna diri akan terlepas. Malah, risiko untuk menjadi lebih teruk berbanding kali pertama meningkat kerana denggi mempunyai empat jenis iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4.

“Disebabkan itu, jika sudah tahu akan ada aktiviti ‘fogging’ di kawasan kediaman, biarkan tingkap rumah terbuka untuk memastikan semburan berkenaan memasuki rumah, sekali gus dapat menghapusk­an telur nyamuk yang sedang membiak.

“Tindakan menutup tingkap atau pintu ketika semburan ‘fogging’ dilakukan tidak akan berjaya menghapusk­an telur atau nyamuk itu sendiri, malah akan merumitkan keadaan jika ia membiak di dalam atau sekitar rumah,” katanya.

Jelasnya, golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit ini adalah anak kecil kerana sistem imun mereka lebih rendah berbanding orang dewasa.

Selain itu, individu yang mempunyai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan sebagainya akan meningkatk­an risiko mendapat denggi dengan mudah.

Malah, wanita juga dikatakan berisiko tinggi untuk menghidap denggi berbanding lelaki. Lebih membimbang­kan apabila mereka tidak dapat membezakan pendarahan haid atau denggi apabila

 ??  ?? BHARATI (tiga dari kiri), Heather dan Dr Ravindran
bergambar kenangan pada majlis pelancaran kempen berkenaan.
BHARATI (tiga dari kiri), Heather dan Dr Ravindran bergambar kenangan pada majlis pelancaran kempen berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia