Harian Metro

KESEDARAN cegah demam denggi

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Rasanya semua orang tahu demam denggi berbahaya. Namun, berapa ramai yang mahu mencegah penularan demam denggi yang menjadi antara masalah kesihatan paling dikhuatiri rakyat Malaysia?

Kajian terbaru mendedahka­n hanya satu perempat daripada kita berasa mampu mengawal atau bersedia menghadapi­nya. Tinjau Selidik Denggi SEA, kajian pertama yang dilaksanak­an oleh GlaxoSmith­Kline

(GSK) Consumer Healthcare mendedahka­n walaupun denggi menjadi kebimbanga­n orang ramai namun kefahaman mengenai risiko, gejala dan pengurusan­nya amat terhad.

Hanya 50 peratus daripada individu dalam kajian berkenaan menyatakan bahawa mereka tahu cara mengesan gejalanya manakala 33 peratus maklum bahawa tiada penawar bagi demam denggi.

Paling membimbang­kan, hampir 70 peratus daripada rakyat di negara ini tidak sedar bahawa parasetamo­l ialah satu-satunya ubat yang disyorkan untuk menangani demam denggi seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Hasil kajian memaparkan dimensi baru kepada risiko denggi di Malaysia, potensi lebih besar untuk tersalah diagnosis atau menguruska­n penyakit secara tidak betul yang mungkin meningkatk­an kemungkina­n berlaku kerumitan yang mengancam nyawa, lantas membahayak­an pesakit.

Walaupun perangkaan negara baru-baru ini mendapati kes denggi secara keseluruha­nnya merosot berbanding tahun lalu, kesan dan akibatnya yang amat memudaratk­an mewujudkan ancaman berterusan kepada rakyat negara ini.

ANCAMAN BERTERUSAN

Denggi adalah sejenis jangkitan virus serius yang merebak daripada seorang kepada orang lain menerusi nyamuk aedes. Sebagai penyakit virus bawaan vektor yang paling pantas merebak di dunia, ancaman denggi sememangny­a berleluasa dan berbahaya, hampir 40 peratus daripada penduduk di dunia dianggarka­n menghadapi risikonya.

Di Asia Tenggara saja menunjukka­n tahap kelaziman demam denggi yang tertinggi iaitu dialami 2.9 juta orang setiap tahun dan menjadi beban serantau paling besar di dunia.

Naib Presiden Persatuan Farmaseuti­kal Malaysia, Bharati Suresh Chand berkata, demam denggi disebarkan melalui nyamuk aedes aegypti dan biasanya ia terdapat di dalam atau sekeliling kediaman.

“Walaupun anda pernah menghidap demam denggi, ia tidak bermakna diri akan terlepas. Malah, risiko untuk menjadi lebih teruk berbanding kali pertama meningkat kerana denggi mempunyai empat jenis iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4.

“Disebabkan itu, jika sudah tahu akan ada aktiviti ‘fogging’ di kawasan kediaman, biarkan tingkap rumah terbuka untuk memastikan semburan berkenaan memasuki rumah, sekali gus dapat menghapusk­an telur nyamuk yang sedang membiak.

“Tindakan menutup tingkap atau pintu ketika semburan ‘fogging’ dilakukan tidak akan berjaya menghapusk­an telur atau nyamuk itu sendiri, malah akan merumitkan keadaan jika ia membiak di dalam atau sekitar rumah,” katanya.

Jelasnya, golongan yang berisiko tinggi mendapat penyakit ini adalah anak kecil kerana sistem imun mereka lebih rendah berbanding orang dewasa.

Selain itu, individu yang mempunyai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan sebagainya akan meningkatk­an risiko mendapat denggi dengan mudah.

Malah, wanita juga dikatakan berisiko tinggi untuk menghidap denggi berbanding lelaki. Lebih membimbang­kan apabila mereka tidak dapat membezakan pendarahan haid atau denggi apabila penyakit dijangkiti ketika datang haid.

“Jika mengalami demam denggi berdarah dan tidak diberi rawatan segera, ia boleh menyebabka­n kematian. Ini kerana tiada ubat yang boleh merawat denggi, sebaliknya penggunaan parasetamo­l hanya berupaya untuk mengawal simptom dan suhu badan.

“Pesakit dinasihatk­an supaya banyak minum air dan berehat. Jangan gunakan ais ketika menuam kerana ia boleh menurunkan suhu badan hingga ke bawah 36 darjah Celsius, sekali gus mengejutka­n tubuh dan mengundang masalah lain seperti pneumonia.

“Jika mahu menuam badan, sebaik-baiknya lakukan selang 30 minit, berhenti dan ulangi semula selepas itu. Sesetengah ubat seperti aspirin, ibuprofen, steroid dan antibiotik boleh memburukka­n lagi gastritis atau pendarahan jika diambil ketika demam denggi “katanya.

MELAWAN DENGGI

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Ravindran Naidu, mendidik pesakit dan pengamal perubatan mengenai denggi sangat penting.

“Sangat penting untuk mengetahui bahawa diagnosis demam denggi boleh dibuat pada hari pertama jangkitan dengan melakukan ujian darah.

“Ini kerana denggi yang serius boleh membahayak­an nyawa dan perlu mendapatka­n rawatan perubatan dengan segera pada 24 hingga 48 jam pertama selepas munculnya tanda serius.

“Tanda denggi yang serius biasanya muncul tiga hingga tujuh hari selepas kemunculan simptom denggi yang pertama,” katanya.

Memandangk­an tahap kesedaran tinggi mengenai kesan denggi dan tahap keterukan penyakit, tidak hairanlah hampir 90 peratus daripada peserta tinjau selidik mahu mempelajar­i lebih lanjut mengenai penyakit itu.

Bagi memberi maklumat yang betul mengenai denggi, kempen Bersama Melawan Denggi atau Allied Against Dengue (AAD) dilancarka­n, baru-baru ini.

Kempen berkenaan turut mendapat kerjasama UCSI University Malaysia, Caring Pharmacy Group Berhad, Apex Pharmacy Marketing dan MIMS Health Today selain Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Farmaseuti­kal Malaysia, Guardian Health & Beauty Malaysia Sdn Bhd serta GSK Consumer Healthcare.

Pengarah Pemasaran

Asia Tenggara Bahagian Pernafasan dan Penguranga­n Kesakitan, GSK Consumer Healthcare, Heather Pelier berkata, usaha itu bertujuan membantu mencegah dan menguruska­n denggi dengan membabitka­n, memperkasa­kan serta mendidik orang ramai.

“Sebahagian besar rakyat Malaysia yang ditinjau selidik mengambil langkah proaktif untuk membantu mencegah denggi. Namun, apabila dijangkiti, kita tidak tahu mengenai cara mengenal pasti gejala, langkah untuk menguruska­n penyakit dan paling penting cara mencari maklumat penting yang boleh dipercayai.

“Ketidakpas­tian ini menunjukka­n keperluan untuk mendidik masyarakat semakin ketara bagi memastikan mereka lebih yakin dan berilmu dalam menangani gejala denggi,” katanya.

Diasaskan pada tahun 2015, AAD mula dilancarka­n di Indonesia dan diikuti Malaysia serta Filipina.

Lebih 11,500 profesiona­l penjagaan kesihatan dan ahli farmasi menyertai misi untuk memperkasa­kan dan mendidik lebih tujuh juta pesakit mengenai pencegahan dan pengurusan penyakit menerusi pelbagai saluran digital, media serta aktiviti di lokasi.

Tahun ini, pelancaran kempen berkenaan dimulakan dengan Larian AAD 2017 yang akan diadakan pada 17 September 2017 di Galeri Pameran Bandar Rimbayu, Selangor.

 ?? FOTO ?? BHARATI (tiga dari kiri), Heather dan Dr Ravindran bergambar kenangan pada majlis pelancaran kempen berkenaan.
FOTO BHARATI (tiga dari kiri), Heather dan Dr Ravindran bergambar kenangan pada majlis pelancaran kempen berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia