Penyusuan anak angkat
Penyusuan susu ibu itu adalah semula jadi dan mudah, tetapi ia satu kemahiran yang perlu dipelajari. Namun, perkara yang lebih penting adalah ibu perlu bersedia dari segi psikologi dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah ketika menyusukan bayi. Penyusuan ibu secara eksklusif selama enam bulan terbukti membantu mencegah serangan alahan awal kepada bayi, selain membekalkan nutrisi terbaik untuk anak.
Susu ibu mengandungi semua khasiat diperlukan bayi untuk membantu perkembangan tahap imun tubuh mereka bagi melawan pelbagai penyakit termasuk alahan.
Justeru, bagi menggalakkan penyusuan susu ibu, pelbagai usaha dilakukan sama ada daripada badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penyusuan, kementerian ataupun hospital.
Bukan saja ibu kandung, malah program penyusuan juga perlu didedahkan kepada ibu susuan yang mahu menyusukan anak angkat mereka bagi
Menyedari kepentingan dan manfaat susu ibu kepada bayi, Hospital Pusrawi mewujudkan program Cetusan Laktasi bagi membantu ibu susuan untuk mula menyusukan anak angkat mereka.
Menurut Pegawai Perubatan Hospital
Pusrawi, Dr Norizan Mohd, mungkin ramai yang masih belum sedar wanita yang tidak hamil turut berupaya atau berpeluang menyusukan anak angkat mereka jika tahu kaedahnya.
“Justeru, dalam program ini, ibu bapa akan diberi bantuan dari segi rundingan bersama doktor berpengalaman dan ustaz atau ustazah berkaitan hukum, nasihat pemakanan oleh pegawai pemakanan dan pemeriksaan kesihatan terhadap ibu serta bayi.
“Program ini terbuka kepada semua wanita yang sudah berkahwin dan ingin menyusukan anak angkat mereka. Malah, ia juga terbuka untuk wanita yang ingin memulakan semula penyusuan anak sendiri atau anak angkat,” katanya.
Kaedah yang dilakukan bergantung sama ada anak angkat sudah diperoleh atau belum. Antara kaedah yang akan dilakukan ialah dengan memberikan hormon tertentu untuk
Hospital Pusrawi
anjur program Cetusan Laktasi untuk
ibu bapa angkat