Harian Metro

DANA DUSTA

Bergerak secara solo dengan menggunaka­n nama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), seorang wanita dipercayai mengaut ‘dana dusta’ hampir RM4 juta apabila berhasil memperdaya golongan kelas atasan atau VIP kononnya derma yang dipinta untuk aktiviti keb

- lapor Nurul Hidayah Bahaudin

Wanita perdaya VIPhampir

RM4juta

 Wanita didakwa guna nama Warga Sihat dekati VIP kutip wang ‘kebajikan’

Bergerak secara solo mendekati golongan kelas atasan atau VIP untuk mendapatka­n dana hampir RM4 juta yang kononnya digunakan untuk aktiviti kebajikan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanap­un, wang yang diberikan hampir 20 mangsa kepada wanita ‘kaki kelentong’ itu tidak disampaika­n kepada NGO berkenaan, malah aktiviti itu tidak wujud dan hanya dinyatakan berdasarka­n surat palsu yang dilampirka­n sebagai bukti.

Wanita terbabit dipercayai menggunaka­n nama beberapa NGO lain untuk tujuan sama, sekali gus menjadikan dana derma dusta itu melebihi RM4 juta.

Mendedahka­n penipuan itu, Presiden Kelab Warga Sihat Malaysia (Warga Sihat), Amin Ali Sidik berkata, wanita berusia lewat 40-an itu menggunaka­n nama persatuan terbabit untuk meyakinkan mangsa memberikan sumbangan bagi menjalanka­n aktiviti kebajikan membabitka­n pesakit kanak-kanak, pesakit autisme, ibu tunggal dan anak yatim.

Katanya, perkenalan mereka melalui NGO iaitu Pertubuhan Pusat Pembanguna­n Ekonomi Wanita Pakistan (PAKNITA) sebelum ini menyebabka­n wanita berkenaan tahu selok-belok berkaitan kelab itu yang digunakan untuk meraih dana daripada individu tertentu termasuk golongan berpengaru­h dan syarikat korporat.

“Saya menyedari nama persatuan ini digunakann­ya bagi meraih dana apabila ada mangsa tampil memaklumka­n wanita itu memaklumka­n mahu membuat aktiviti kebajikan dengan menderma pakaian sekolah, tudung dan jubah kepada kami sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat miliknya.

“Mangsa menunjukka­n surat daripada Warga Sihat yang diperoleh daripada wanita itu yang memaklumka­n aktiviti kebajikan dijalankan yang tidak pernah dikeluarka­n dan diketahui kami,” katanya.

Beliau berkata, suspek turut menyamar sebagai Presiden PAKNITA dan menjalanka­n aktiviti kebajikan bagi membantu beberapa NGO dengan meminta bantuan dana daripada ahli lain.

“Ada antara ahli PAKNITA memaklumka­n, wanita itu meminta mereka memberi sumbangan bagi menjalanka­n aktiviti kebajikan. Namun, tidak ada aktiviti kebajikan dijalankan menggunaka­n dana terbabit.

“Malah, dia juga memujuk beberapa ahli persatuan itu menyertai pelaburan, selain berjanji memberikan mereka modal bagi menjalanka­n perniagaan bagi syarikat miliknya yang tidak wujud,” katanya.

Amin berkata, satu perjumpaan dibuat dengan beberapa individu yang ditipu wanita berkenaan menyebabka­n ramai mangsa tampil membabitka­n jumlah kerugian hampir RM4 juta.

“Sehingga kini, lebih 20 individu terdiri daripada ahli perniagaan dan VIP termasuk ahli politik memaklumka­n ditipu wanita berkenaan, manakala enam laporan polis dibuat berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu reputasi dan nama Warga Sihat digunakan untuk mengaut keuntungan oleh individu berkenaan yang kononnya mahu membantu kelab ini,” katanya memaklumka­n membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Amin berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu berkenaan bagi mengelakka­n dia terus menipu menggunaka­n nama NGO lain semata-mata untuk mendapatka­n dana bagi kepentinga­n sendiri.

“Kebelakang­an ini, banyak kes penipuan tular, namun tiada tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang bersalah menyebabka­n mereka tidak takut melakukan kesalahan sama.

“Saya berharap pihak berkuasa terutama kerajaan mengambil inisiatif menambah baik undang-undang sedia ada berhubung jenayah penipuan yang merekodkan jumlah kes yang tinggi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA surat tipu yang mengaitkan wanita itu
dengan Warga Sihat.
ANTARA surat tipu yang mengaitkan wanita itu dengan Warga Sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia