Harian Metro

PELEDAK RAGUT 3 NYAWA

- Rizanizam Abdul Hamid dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Mangsa disyaki terpijak bom dipasang tentera Myanmar untuk halang pelarian kembali ke rumah

Satu peledak bom darat yang ditanam berhampira­n sempadan Bangladesh mengorbank­an tiga penduduk Rohingya ketika melarikan diri daripada keganasan di Rakhine, Myanmar, demikian laporan diterima AFP daripada pegawai sempadan Bangladesh yang terselamat dalam insiden berkenaan.

Pengawal sempadan Bangladesh Komander Leftenan Kolonel Manzurul Hasan Khan memberitah­u AFP, pihak tentera mendengar letupan malam Sabtu lalu 100 meter dari sempadan.

“Mengikut kenyataan mangsa yang cedera, ketika itu mereka berempat dan letupan mengakibat­kan tiga yang lain mati di tempat kejadian,” kata Khan kepada AFP.

Beliau berkata, pengawal sempadan melihat mangsa yang selamat datang ke garis penandaan sempadan dengan kesan kecederaan pada badan dan muka.

Minggu lalu, dua penduduk Rohingya termasuk seorang kanak-kanak kehilangan kaki manakala seorang lagi cedera selepas mereka memijak alat disyaki peledak bom berhampira­n sempadan.

Bangladesh pada Rabu lalu memanggil duta besar Myanmar untuk membantah penanaman peledak bom sepanjang sempadan.

Kumpulan bantuan perubatan dan pegawai kerajaan Bangladesh mengatakan tindakan itu bertujuan menghalang masyarakat Rohingya kembali ke Myanmar.

Ini kali kedua Dhaka memanggil duta besar sejak peningkata­n keganasan di negeri Rakhine berhubung krisis pelarian.

Mengikut kenyataan mangsa yang cedera, ketika itu mereka berempat dan letupan mengakibat­kan tiga yang lain mati di tempat kejadian”

Manzurul

 ??  ?? WANITA Rohingya beratur ketika mengambil bantuan makanan. PELARIAN berebut bantuan makanan yang diagihkan berdekatan Teknaf, Bangladesh.
WANITA Rohingya beratur ketika mengambil bantuan makanan. PELARIAN berebut bantuan makanan yang diagihkan berdekatan Teknaf, Bangladesh.
 ??  ?? PELARIAN bergelut dan berebut mengambil bantuan makanan.
PELARIAN bergelut dan berebut mengambil bantuan makanan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia