Harian Metro

Kaku di bilik guru

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 Cikgu tunggu giliran mengajar diserang sakit jantung

“Arwah beritahu mahu berehat sementara menunggu kelas seterusnya, tetapi beberapa minit kemudian rakan memanggil saya selepas melihat keadaannya yang kaku,” kata Jamil Yusuf rakan kepada Mohd Nasir Musa, 53, guru Sekolah Menengah Agama (SMA) Marang yang meninggal dunia di sekolah berkenaan dipercayai akibat serangan jantung.

Guru bahasa Inggeris masih bujang itu ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik guru oleh rakannya jam 12.15 tengah hari.

Menurut Jamil, dia bersama arwah selesai mengajar sebelum itu masuk bilik guru sebelum rakannya itu memaklumka­n mahu berehat.

“Dia baring di belakang sebelum rakan memanggil kerana melihat arwah kaku. Saya bersama rakan lain cuba menggerakk­an arwah tetapi tiada tindak balas.

“Saya juga memeriksan­ya tetapi nadinya terhenti lalu saya memaklumka­n kepada pihak pengurusan sekolah,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga Mohd Nasir di Kampung Banggol Pauh, Seberang Takir, di sini, semalam.

Sementara itu, kakak arwah, Hasnah, 66, berkata, arwah adiknya tidak menunjukka­n sikap pelik cuma ada mengadu sakit di dada dan belakang beberapa hari sebelum kejadian selain mengadu keletihan.

“Dia tidak mempunyai sakit kronik cuma ada penyakit gout dan pagi tadi (semalam), dia ke sekolah seperti biasa sebelum saya dikejutkan dengan kejadian menimpa arwah,” katanya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin berkata, Mohd Nasir disukai pelajar kerana kemesraann­ya selain disifatkan sebagai guru yang baik.

“JPNT mengucapka­n takziah kepada ahli keluarga arwah serta warga SMA Marang atas kehilangan yang mengejutka­n ini, semoga arwah dicucuri rahmat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PELAJAR membacakan Yasin di sisi jenazah Mohd Nasir (gambar kecil) yang meninggal akibat serangan jantung, semalam.
PELAJAR membacakan Yasin di sisi jenazah Mohd Nasir (gambar kecil) yang meninggal akibat serangan jantung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia