Harian Metro

Nasib baik tersesat bawa telefon bimbit

-

Melaka: Sekumpulan lima pendaki bernasib baik kerana membawa bersama telefon bimbit yang digunakan untuk menghubung­i bomba bagi mendapatka­n bantuan selepas tersesat ketika melakukan aktiviti riadah di Bukit Beruang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 7 malam, mangsa membabitka­n empat perempuan dan seorang lelaki berusia antara 14 hingga 23 tahun gagal mencari jalan untuk turun berikutan hari sudah gelap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohamad Hamdan Sidun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang mangsa pada jam 7.21 malam.

Beliau berkata, susulan maklumat diterima sembilan anggota bersama dua jentera dan sebuah ambulans Unit Perkhidmat­an Perubatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Ketika menghubung­i pusat kawalan mangsa memberitah­u dia bersama empat lagi rakan gagal turun dan tidak tahu di mana mereka berada ketika itu.

“Anggota bomba yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunaka­n telefon bimbit untuk berkomunik­asi dengan mangsa dan berjaya mengesan lokasi mereka dalam tempoh 15 minit,” katanya.

Menurutnya, mangsa juga diingatkan supaya berada dalam kumpulan dan tidak berpecah bagi melancarka­n operasi menyelamat­kan mereka.

Katanya, pihaknya menasihati orang awam supaya tidak melakukan pendakian pada lewat petang kerana keadaan cuaca yang gelap menjadi faktor utama menyebabka­n mereka gagal menemui laluan untuk turun.

 ??  ?? ANGGOTA bomba bersama mangsa yang diselamatk­an selepas tersesat di Bukit Beruang.
ANGGOTA bomba bersama mangsa yang diselamatk­an selepas tersesat di Bukit Beruang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia