Harian Metro

36 tiada dokumen

-

Kota Bharu: Seramai 36 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dan Myanmar termasuk seorang wanita ditahan dalam serbuan secara berasingan di Ketereh dan Kok Lanas, di sini.

Serbuan dilakukan sepasukan 20 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menerusi Ops Ikrar (Kutip) antara 9 malam, Rabu hingga 5 pagi, Khamis lalu.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa JIM Kelantan Siti Khadijah Hamzah berkata, semua PATI berusia antara 20 hingga 47 tahun ditahan kerana tidak mempunyai dokumen kemasukan sah dan tinggal melebihi tempoh.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

“Serbuan pertama dilakukan di sebuah khemah berhampira­n asrama pekerja yayasan di Kok Lanas dan kami menahan seorang lelaki warga Bangladesh.

“Dalam serbuan kedua pula di asrama pekerja di taman perumahan di Kok Lanas, kami menahan 33 PATI warga sama.

“Serbuan terakhir di sebuah rumah di Kampung Kiat, Ketereh menemui lelaki dan perempuan warga Myanmar,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati semua mereka masuk ke negara ini tanpa dokumen sah dan tidak mempunyai pas selain ada yang sudah tamat tempoh.

“Keseluruha­nnya, 76 warga asing diperiksa dalam usaha kami membantera­s PATI. Kami juga tidak menolak kemungkina­n mereka yang ditahan bekerja di sektor pembinaan.

“Mereka kini ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk tindakan selanjutny­a,” katanya yang memberitah­u serbuan hasil maklumat dan intipan pihaknya.

 ??  ?? ANTARA PATI yang ditahan anggota Jabatan Imigresen Kelantan menerusi Ops Ikrar di Ketereh dan Kok Lanas.
ANTARA PATI yang ditahan anggota Jabatan Imigresen Kelantan menerusi Ops Ikrar di Ketereh dan Kok Lanas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia