Harian Metro

RUMAHKU SEKOLAHKU

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

Kota Bharu

Seorang calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini, terpaksa berhenti sekolah dan hanya belajar di rumah sahaja apabila disahkan menghidap penyakit leukemia atau kanser darah tahap dua, Julai tahun lalu.

Khadijah Suzami, 12, sebelum ini murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Chepa, hanya berguru dengan ibu bapanya yang juga penjawat awam serta ke kelas tuisyen sekiranya kesihatann­ya baik.

Ketika menjawab kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan, semalam, Khadijah tetap bersemanga­t walaupun diawasi pengawas peperiksaa­n di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Katanya, dia mahu memperoleh keputusan cemerlang meskipun tidak berpeluang menduduki peperiksaa­n percubaan kerana perlu menjalani rawatan termasuk kimoterapi.

“Saya berhenti sekolah tahun lalu dan sejak itu ibu dan ayah yang banyak mengajar di rumah. Saya juga tidak sempat jawab peperiksaa­n percubaan tetapi saya nekad menduduki UPSR serta berazam peroleh keputusan cemerlang.

“Walau sakit macam mana, saya tetap mahu buat terbaik. Ibu dan ayah ada serta sentiasa sokong saya,” katanya ketika ditemui di wad peperiksaa­n HUSM Kubang Kerian di sini, semalam.

Ibu Khadijah, Nazura Md Noor, 40, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dimasukkan ke HUSM sejak 21 Ogos lalu kerana jangkitan dan perlu bergantung kepada antibiotik dan ubatan bagi mengelak keadaan lebih buruk.

Katanya, mereka mengesan

 Calon hidap leukemia belajar bersendiri­an

 ??  ?? GURU Sekolah Kebangsaan Sekyen 7 Bandar Baru Bangi memujuk seorang pelajar yang tertekan menduduki UPSR.
GURU Sekolah Kebangsaan Sekyen 7 Bandar Baru Bangi memujuk seorang pelajar yang tertekan menduduki UPSR.
 ??  ?? KHADIJAH menghidap kanser darah tahap dua menduduki UPSR di Wad Peperiksaa­n HUSM Kubang Kerian.
KHADIJAH menghidap kanser darah tahap dua menduduki UPSR di Wad Peperiksaa­n HUSM Kubang Kerian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia