Bergegas solat Dhuha di surau
Seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjawab peperiksaan menggunakan rakaman suara sebelum jawapannya ditulis guru bertugas.
Nur Ain Hidayah Ngah, 12, yang terpaksa menduduki peperiksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam perlu menjawab soalan menggunakan kaedah khas itu kerana tidak mampu menulis sendiri disebabkan tangannya cedera.
Urat tangan kanannya dikatakan hampir putus selepas tertusuk kaca ketika menutup tingkap rumahnya di Kampung Maras, di sini, pada petang Ahad minggu lalu.
Ibunya, Faridah Abu Bakar, 40, berkata, anaknya itu
Kuala Terengganu Seremban: Sebaik selesai peperiksaan kertas Bahasa Melayu (Pemahaman), murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A bergegas keluar dewan ke surau menunaikan solat Dhuha, semalam.
Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terbabit menggunakan masa terluang itu untuk menunaikan solat dengan dibimbing guru sebelum masuk semula ke dewan menduduki ujian Bahasa Melayu (Penulisan).
Muhammad Huzaifah Yudy, 12, berkata, amalan itu dilakukan bersama rakan lain sejak awal tahun bertujuan memohon kepada Allah supaya urusan mereka dipermudahkan.
Menurutnya, ibadah sunnah Rasullah itu disarankan ustaz di sekolah sebelum menjadi amalan harian mereka.
“Sebelum ini, kami menunaikan solat Dhuha ketika waktu rehat pada jam 10.20 pagi. Kami akan ke surau terlebih dahulu untuk menunaikan solat sebelum ke kantin untuk makan.
“Saya sangat berterima kasih kepada guru yang menerapkan amalan solat sunat itu sebagai pendorong kejayaan,” katanya ketika ditemui selepas menduduki peperiksaan UPSR, di sini.
Rakannya Muhammad Syukri Ibrahim, 12, pula menyifatkan amalan solat itu memberikan ketenangan kepadanya.