Harian Metro

Maut hantar anak sekolah

-

Seorang ibu yang mahu menghantar anaknya ke sekolah maut apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan lori di Lebuh Sungai Kapar Indah, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Mangsa, V Margeret,

39, dari Taman Sri Wangi, Kapar disahkan mati di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Klang Utara Asisten Superinten­dan Mohamad Irwani Nooruldin berkata, lokasi kejadian terletak berdekatan sekolah anak perempuan mangsa yang berusia 13 tahun iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah.

“Siasatan mendapati, motosikal ditunggang dua beranak itu dipercayai bergesel dengan kereta sebelum hilang kawalan dan melanggar belakang lori di bahu jalan.

“Mangsa parah di kepala dan luka di kaki. Anaknya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan,” katanya.

Kuantan: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan bas ekspres di Kilometer 34, Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Sungai Baging, di sini, semalam.

Dalam kejadian 3.15 pagi, mangsa Chen Sek Yee, 29, berasal dari Kampung Kolong Pahat, Sungai Lembing, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Pahang Superinten­dan Mohd Noor Yusof Ali berkata, ketika kejadian mangsa memandu kenderaann­ya dalam perjalanan menghala Kuantan dari Kemaman, Terengganu dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentang­an lalu bertembung bas ekspres itu.

“Mangsa yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk dibedah siasat, semalam,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, pemandu bas ekspres itu, Abdullah Mat Amin, 55, berasal dari Kampung Jeram Hilir, Kuala Terengganu yang disahkan mempunyai lesen memandu tidak cedera dan membuat laporan di Balai Polis Trafik, semalam.

Katanya, pemandu kedua bas ekspres itu bersama 35 penumpang selamat dan tidak cedera.

 ??  ?? NAHAS bas ekpres bertembung kereta di Jalan Kuantan-Kemaman, semalam.
NAHAS bas ekpres bertembung kereta di Jalan Kuantan-Kemaman, semalam.
 ??  ?? MARGERET maut dalam kemalangan di Jalan Lebuh Sungai Kapar Indah, semalam.
MARGERET maut dalam kemalangan di Jalan Lebuh Sungai Kapar Indah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia