Harian Metro

NASI LEMAK HARMO

- Muhamaad Razis Ismail razis@hmetro.com.my

Malaysia bukan saja terkenal sebagai negara yang rukun dengan masyarakat berbilang bangsa dan agama, malah makanan turut mengukuhka­n lagi jenama Malaysia.

Kepelbagai­an juadah makanan yang dinikmati seluruh rakyat menjadi simbol perpaduan menyatukan etnik dan budaya di negara ini.

Antaranya, orang Melayu yang sinonim dengan nasi lemak, Cina pula terkenal dengan nasi ayam Hainan, manakala masyarakat India begitu popular dengan roti canai.

Di Kelantan pula, situasi penyatuan boleh dilihat jelas apabila hampir setiap kedai makan dikunjungi masyarakat pelbagai bangsa, duduk semeja menjamu selera tanpa rasa kekok.

Peniaga, Ong Eng Hwa, 54, berkata, dia bersama isterinya, Chung Mon

Sie, 51, sering menikmati sarapan bersama rakan mereka yang berbangsa Melayu dan India.

“Antara makanan kegemaran adalah hidangan tradisiona­l Kelantan iaitu nasi tumpang dan nasi impit.

“Kami di sini (Kelantan) sudah terbiasa makan nasi pada waktu pagi dan sejak kecil saya sudah diajar menikmati makanan Melayu.

“Memang tiada masalah kerana kita orang Malaysia. Kita semua sama,” katanya di sebuah kedai makan di Jalan Pengkalan Chepa, di sini, baru-baru ini.

Perkara sama diakui Hamidah Abdullah, 58, yang memilih nasi dagang dan nasi kerabu setiap kali berkunjung ke Kelantan untuk bercuti.

“Pada mulanya saya terkejut melihat pemilik kopitiam ini berbangsa Cina namun menyediaka­n pelbagai jenis makanan. Pelanggan juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan makan dengan harmoni.

 ??  ?? PELBAGAI bangsa menjamu selera bersama di kedai makan milik Wong di Jalan Pengkalan Chepa.
PELBAGAI bangsa menjamu selera bersama di kedai makan milik Wong di Jalan Pengkalan Chepa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia