Harian Metro

Usah lokek membantu

- Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

 Contohi sikap mulia sahabat Nabi ringan beban insan lain

Pada zaman Rasulullah SAW, Baginda berjaya membentuk jiwa seluruh sahabat dan masyarakat Islam ketika itu dengan semangat saling membantu dalam hal membawa kebaikan.

Indah sungguh sekiranya kita juga turut bersama mereka pada waktu itu kerana sikap pentingkan diri, ego, mendabik dada, sombong dan apa saja sikap mazmumah dinyahkan jauh-jauh.

Kita ambil satu kisah ini di mana pengajaran­nya mengajak kita berfikir kerja membantu insan lain adalah amalan sunah yang perlu ditegakkan.

Kisah ini berlaku pada diri seorang sahabat karib Rasulullah SAW, Abu Hurairah. Pada satu hari, ketika Abu Hurairah beriktikaf dalam Masjid Nabawi, beliau terpandang seorang lelaki duduk di satu penjuru masjid itu.

Keadaan lelaki itu nampak seperti orang yang dalam keadaan susah hati dan bersedih. Beliau segera bangun dan menghampir­i lelaki itu dan bertanyaka­n masalahnya.

Selepas mendengar masalah lelaki itu, Abu Hurairah tanpa banyak bicara terus menawarkan bantuan. Kata Abu Hurairah, “Mari keluar bersamaku, wahai saudaraku. Aku akan memenuhi keperluanm­u,” pelawa Abu Hurairah.

Lelaki itu seakan-akan terpinga-pinga dengan sikap baik hati Abu Hurairah, lalu dia berkata, “Apakah engkau akan meninggalk­an iktikafmu demi untuk menolongku?”

Sambil tersenyum Abu Hurairah berkata, “Ya benar, wahai saudaraku. Sesungguhn­ya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Sungguh berjalanny­a seseorang di antara kamu untuk memenuhi keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada iktikaf di masjidku ini selama sebulan.” (Hadis riwayat at-Tabrani dan Ibnu

Asakir)

Demikian contoh manusia yang dididik Rasulullah SAW dengan jiwa penyayang dan sikap prihatin terhadap insan lain.

Golongan sahabat begitu memahami dan mendalami setiap ajaran yang disampaika­n oleh Baginda.

Kita layari satu lagi episod kehidupan seorang sahabat Baginda SAW yang begitu berjaya menayangka­n babak kehidupan berteraska­n nilai kasih sayang sesama ummah.

Kisah ini menceritak­an watak agung ‘bilionair’ Muslim zaman Rasulullah SAW iaitu Abdul Rahman bin Auf.

Masyarakat Madinah ketika itu sering melihat beliau selalu meronda pada waktu malam dan pergi ke kedai di kota berkenaan.

Abdul Rahman bin Auf akan mengadakan perbincang­an secara tertutup dengan pemilik kedai.

Dalam perbincang­an itu, beliau akan meminta pemilik kedai memberikan senarai nama golongan susah yang berhutang dengan pemilik kedai itu.

Selepas mendapat senarai orang susah yang berhutang itu, Abu Rahman bin Auf akan melangsaik­an segala hutang itu.

Menariknya, beliau ada berpesan kepada setiap pemilik kedai yang ditemuinya itu dengan pesanan, “Nanti sekiranya si pemiutang ini datang untuk membayar hutang, kamu katakanlah kepadanya hutang kalian sudah dibayar oleh seorang ‘Abdullah’. Jangan kamu sebutkan nama aku kepada mereka.” Subhanalla­h, sampai ke peringkat itu mulianya hati sahabat Rasulullah SAW.

Jauh sekali untuk menunjukka­n muka sambil melaungkan kalimah ego, “Ketahuilah kalian semua, segala hutang kamu, akulah yang melangsaik­annya. Berterima kasihlah kepada aku kerana membantu kalian semua.”

Tidak ada kalimah ego sebegitu yang terlepas keluar daripada mulut golongan sahabat Rasulullah SAW ketika mereka mengerjaka­n sesuatu kerja amal bakti untuk masyarakat.

Jauhnya sikap mereka berbanding sikap kita?

Itu antara kisah insan mulia dan hebat pada zaman Rasulullah SAW.

Kesenangan hidup masyarakat negara ini masih tidak membuatkan mereka lalai dan ego untuk tidak mahu membantu insan lain yang sedang terhimpit dalam situasi hidup yang getir.

Saban waktu, pasti dengan mudahnya untuk kita baca kisah mereka berjiwa penyayang yang dipaparkan pihak media.

Contohnya, pada satu ketika dahulu, akhbar ini menyiarkan satu kisah seorang wanita bernama Zariana Baharin gigih menjaga ibunya yang menghidap barah payudara dan abangnya yang derita kanser tulang.

Kisah wanita berhati mulia itu diikuti rapat rakyat Malaysia lain menerusi ‘viral video’.

Masyarakat Malaysia dalam dan luar negara tampil menghulurk­an bantuan mengikut kemampuan masingmasi­ng.

Kesusahan dan kepayahan hidup Zariana itu mendapat simpati ramai rakyat Malaysia yang sudi membantu selepas mengikuti kisah sedihnya itu.

Rakyat Malaysia boleh dianggap penyayang dan sikap mulia itu seharusnya terus kita pelihara dan suburkan sepanjang masa.

Ia menggambar­kan betapa kita dalam sebuah negara yang memiliki penduduk berbilang bangsa, budaya dan agama, tetapi pada waktu sama nilai kemanusiaa­n universal seperti suka membantu insan lain tetap dijadikan satu daripada budaya hidup.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia