Harian Metro

Dua bebas dengan jaminan, dua sambung reman

-

Putrajaya: Seorang pengurus syarikat cari gali dan bapa mentua kepada bekas eksekutif syarikat berkenaan dibebaskan dengan jaminan masing-masing RM50,000 dan RM20,000 berhubung siasatan invois palsu berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) bagi satu projek di Bintulu, Sarawak pada 2015.

Jaminan terhadap mereka adalah dengan seorang penjamin setiap seorang selepas dibenarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Selain itu, dua lagi individu iaitu seorang wanita yang juga pengarah syarikat kontraktor dikatakan dilantik untuk melaksanak­an projek itu serta bekas pembantu teknikal syarikat cari gali berkenaan dilanjutka­n reman empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat.

Pada 6 September lalu, pengurus syarikat cari gali bersama pengarah syarikat kontraktor dan bekas pembantu teknikal syarikat cari gali itu direman enam hari sehingga semalam bagi membantu siasatan kes mengemukak­an invois palsu berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) pada 2015.

Sumber Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini memaklumka­n, suspek dipercayai mengemukak­an tuntutan palsu melalui tiga invois syarikat kontraktor antara April hingga Jun 2015 bagi kerja yang sepatutnya dilakukan syarikat berkenaan.

Difahamkan, tuntutan itu dibayar syarikat cari gali kepada syarikat kontraktor berkenaan, namun tiada kerja dilaksanak­an bagi tuntutan itu.

Penahanan individu berusia antara 28 hingga 53 tahun itu bagi membantu siasatan dijalankan suruhanjay­a itu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Bapa mentua kepada bekas eksekutif syarikat itu direman tujuh hari bermula 8 September lalu namun dibebaskan awal, semalam.

Warga emas berusia 65 tahun itu ditahan reman bersama bekas eksekutif terbabit serta suami kepada pengarah wanita syarikat kontraktor itu.

Terdahulu, empat individu terbabit dibawa pegawai SPRM di mahkamah jam 10.10 pagi dan dilihat memakai baju lokap.

 ??  ?? BEKAS pembantu teknikal PETRONAS Carigali (kiri) dan seorang pengarah wanita syarikat kontraktor (kanan) di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam untuk lanjutan tempoh reman.
BEKAS pembantu teknikal PETRONAS Carigali (kiri) dan seorang pengarah wanita syarikat kontraktor (kanan) di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam untuk lanjutan tempoh reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia