Penyertaan saat akhir bawa tuah
Penyertaan di saat akhir disebabkan tuntutan kerja ternyata membawa tuah buat seorang doktor apabila diumumkan juara qariah terbaik sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di sini, semalam.
Dr Nurul Hassanah Muslim, 27, dari Bahagian Pediatrik, Hospital Umum Sarawak gembira apabila diumumkan pemenang, malah tidak percaya kerana masih ada yang lebih baik berbanding dirinya.
Beliau berkata, penyertaan pertama bersama KKM dalam Majlis Tilawah al-Quran memberi satu pengalaman baru kerana banyak yang perlu diperbaiki dari pelbagai sudut termasuk bacaan dan lain-lain.
“Kejayaan ini cukup menggembirakan dirinya apabila turut terpilih menjadi tetamu Allah menunaikan ibadah haji pada tahun hadapan sebagai hadiah utama,” katanya.
Nurul berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Perasmian Penutup Tilawah al-Quran
Peringkat Kebangsaan
KKM 2017, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Bagi kategori qari terbaik, ia dimenangi doktor dari Hospital Kemaman, Terengganu, Dr Muhammad Hazim Sharum, 28, sekali gus diumumkan qari terbaik keseluruhan.
Menurutnya, kejayaan itu juga penebus kekalahan pada pertandingan tahun lalu selepas menduduki tempat ketiga biarpun pernah muncul juara pada 2014.