Harian Metro

Pulau Pinang hab pendaratan ikan tuna

-

Butterwort­h: Pulau Pinang bakal menjadi hab pendaratan ikan tuna utama negara dengan pembinaan pelbagai kemudahan dan kelengkapa­n membabitka­n industri ikan itu, pada tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, selain persediaan pendaratan ikan tuna di Pelabuhan Pulau Pinang, kementeria­n turut membina pusat memproses ikan tuna yang akan dibuka di Bukit Minyak, Bukit Mertajam.

“Kami mahu industri ikan tuna menjadi satu industri terbaru, sekali gus membantu menjana ekonomi negara dan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

“Selain pendaratan dan pusat memproses tuna, kami juga bercadang mewujudkan peluang latihan menangkap ikan tuna bersama nelayan tempatan, selain menghasilk­an produk makanan berkaitan ikan tuna,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pendaratan Ikan Tuna oleh Kapal Kha Yang 333, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Chang, dan Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi.

Terdahulu, Ahmad Shabery dan wakil media turut dibawa melawat ruang penyimpana­n Kapal Kha Yang 333 yang mengandung­i ikan tuna sebanyak 520 tan yang ditangkap di Lautan Hindi.

Kapal Kha Yang 333 yang dimiliki Kha Yang Marine Sdn Bhd, adalah antara syarikat marin milik tempatan yang memiliki lesen menangkap ikan tuna di Lautan Hindi, bagi pasaran di negara ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, kerajaan menyasarka­n hasil pendaratan ikan tuna negara mencapai 130 ribu tan metrik dengan nilai RM1 bilion menjelang 2020.

Katanya, pada tahun lalu pendaratan ikan tuna mencatatka­n 76,500 tan metrik, dan ia dijangka mampu ditingkatk­an kepada 100,000 tan metrik pada tahun ini.

“Dengan sasaran yang diberikan itu, kami juga akan memberikan lesen operasi menangkap ikan tuna kepada 135 unit kapal, berbanding hanya 17 kapal saja ketika ini,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Shabery melancaran Pendaratan Ikan Tuna oleh Kapal Kha Yang 333 di Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang, Butterwort­h.
AHMAD Shabery melancaran Pendaratan Ikan Tuna oleh Kapal Kha Yang 333 di Suruhanjay­a Pelabuhan Pulau Pinang, Butterwort­h.
 ??  ?? PEKERJA Kapal Kha Yang 333 mengangkat ikan tuna diruang
penyimpana­n.
PEKERJA Kapal Kha Yang 333 mengangkat ikan tuna diruang penyimpana­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia