Harian Metro

Gincu promosi negara

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

 Nita Cosmetics perkenal produk kecantikan dilabel dengan kawasan tumpuan pelancong

Dimensi Moda Sdn Bhd menerusi jenama Nita Cosmetics berhasrat mengembang­kan perniagaan daripada aspek produk dan pasaran dalam tempoh terdekat.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan­nya Aznita Zainul Azman berkata, sepanjang tujuh bulan beroperasi bermula Januari lalu, Nita Cosmetics mempunyai 18 unit penyimpana­n stok (SKU) merangkumi 15 gincu dan tiga palet pembayang mata.

“Kami mempunyai tiga koleksi gincu terdiri daripada dan

yang setiap satu dilabel dengan nama kawasan tumpuan pelancong seperti Tioman dan Redang.

“Penjenamaa­n berkenaan sebagai strategi syarikat menempatka­n produk di pasaran dan pada masa sama, cuba mempromosi­kan tempat menarik di Malaysia di mata dunia serta mendidik orang ramai khususnya pengguna mengenai budaya negara lain,” katanya.

Beliau berkata, setiap produknya direka berkualiti tinggi setanding produk antarabang­sa lain seperti gincu yang dihasilkan dengan gabungan dan agar sesuai untuk semua jenis bibir termasuk kering.

Katanya, bagi mempelbaga­ikan barisan produk, pihaknya merancang menambah produk solekan untuk mata dan muka mengikut

serta kehendak pelanggan tahun depan.

Antara produk baru yang bakal diperkenal­kan adalah

dan sekali gus berharap dapat melengkapk­an set solekan dalam masa kurang tiga tahun.

Mengulas mengenai capaian pengguna pula, Aznita berkata, buat masa ini, pengukuhan jenama

hanya tertumpu di Lembah Klang dan berharap pengembang­an jenama berkenaan diperluask­an hingga ke seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

“Kami juga sudah berada di pasaran serantau seperti Brunei dan Singapura. Bagaimanap­un, kami merancang memberi fokus kepada dua negara ini terlebih dulu sebelum melebarkan sayap hingga ke Asia pada masa depan,” katanya.

Semua produk Nita

boleh didapatkan secara di Dimensi Eksklusif KLIA dan ISETAN Suria KLCC serta laman e-dagang terkenal seperti

dan pada harga RM59 hingga RM69 setiap satu. Pemegang kad VIP Watsons berpeluang mendapat layanan istimewa sempena ulang tahun ketujuh kad berkenaan bermula 5 September hingga 2 Oktober ini.

Pengurus Besar Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, inisiatif program kesetiaan itu dijalankan bagi menghargai sokongan pelanggan kepada Watsons.

“Sejak diperkenal­kan pada 2010, ia diwujudkan bagi memberi ganjaran kepada pelanggan setia Watsons melalui tawaran eksklusif dan terhad untuk pemegang kad.

“Di Watsons, kami menghargai pelanggan dan ahli VIP yang terus menyokong kami,” katanya pada majlis pelancaran Watsons Syok Member Anniversar­y, di sini, baru-baru ini.

 ??  ?? AZNITA menunjukka­n set Nita Cosmetics.
AZNITA menunjukka­n set Nita Cosmetics.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia