Affin sasar pinjaman berkembang 7%
Kuala Lumpur: Affin Bank Bhd menjangka segmen pinjamannya berkembang antara enam hingga tujuh peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, daripada RM44 juta yang dicatatkan sebelumnya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, sebahagian besar pertumbuhan dijangka disumbang daripada segmen pengguna diikuti perbadanan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Kami mencatatkan pertumbuhan stabil di bahagian pengguna yang juga latar belakang Affin tahun ini,” katanya selepas mengumumkan pemenang kempen O.M.G
di sini, semalam. Beliau berkata, anak syarikat bank itu, Affin Islamic Bank Bhd juga mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam segmen pengguna.
“Ia sejajar dengan kempen mengembangkan segmen perbankan Islam kami,” katanya.
Beliau berkata, bank itu menumpukan kepada program transformasinya,
dan cadangan penyusunan semula dijangka dimuktamadkan suku pertama 2018.
“Kami perlu menyusun semula beberapa akaun. Saya rasa selepas tempoh penyusunan semula, ia akan kembali kepada 1.6 peratus dan 1.7 peratus, sama dengan 2016,” katanya.
Sementara itu, kempen
yang berlangsung dari Disember 2016 hingga Jun 2017 menyaksikan enam pemenang hadiah utama membawa pulang kereta Proton Persona dan Myvi.
Selain itu, 16 pemenang tempat kedua meraih hadiah wang tunai berjumlah RM8,000 dan baucar barangan elektrik bernilai RM2,000.