Harian Metro

34 maut lari dari pertempura­n Tangkap ‘ketua ginjal’

- Reuters

Serangan udara Russia Ahad lalu mengorbank­an 34 orang awam yang menaiki feri untuk melarikan diri daripada keganasan di Deir Ezzor, timur Syria.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) pada mulanya melaporkan 21 kematian tetapi kemudian menambah jumlah kepada 34 orang dan berkata, lebih banyak mayat ditemui di dalam Sungai Furat.

Pengarah SOHR Rami Abdel Rahman berkata, sembilan kanak-kanak antara yang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan itu.

Menurutnya, serangan itu menyasarka­n lebih 40 feri yang meninggalk­an bandar Al-Boulil di tenggara Deir Ezzor untuk ke kawasan di timur sungai berkenaan.

SOHR yang bergantung kepada rangkaian sumber di Syria menentukan pesawat yang menjalanka­n serangan mengikut jenis, lokasi, corak penerbanga­n dan peluru yang digunakan.

Campur tangan Moscow di Syria bermula

September 2015 sebagai sokongan kepada sekutunya, Presiden

Bashar al-Assad. - AFP

Polis India menyiasat rangkaian jenayah penjualan organ susulan penahanan dua lelaki termasuk seorang disyaki ketua kumpulan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Mumbai kerana memperdaga­ngkan orang miskin untuk ginjal mereka ke Mesir, kata pihak berkuasa, semalam.

Dua lelaki yang dikenal pasti sebagai Nizamuddin serta Suresh Prajapati ditangkap minggu lalu dan didakwa atas tuduhan pemerdagan­gan manusia, kata polis.

Prajapati - digelar ‘ketua ginjal’ oleh polis - ditahan di Telangana, selatan India, tahun lalu, kerana disyaki memperdaga­ngkan hampir 60 orang ke Sri Lanka untuk buah pinggang mereka. Dia dibenarkan jaminan untuk kes itu.

Inspektor kanan Lata Shirsath berkata: “Kami mendapat maklumat oleh pegawai imigresen di lapangan terbang itu yang menemui tiga pasport pada suspek.

“Satu pasport milik mangsa yang mahu dibawa ke Mesir. Siasatan menunjukka­n mereka membawa enam orang ke sana antara

>>Polis mengesyaki lebih ramai ejen terbabit dalam rangkaian itu  Polis tahan dua lelaki disyaki anggota rangkaian jual organ sasar penderma miskin di lapangan terbang

Mei hingga Julai lalu, malah pemindahan ginjal berjaya dilakukan untuk empat kes.

“Kami turut memaklumka­n kakitangan hospital terbabit di Kaherah dan meminta supaya tidak meneruskan dua lagi pembedahan pemindahan yang dijadualka­n.”

Polis mengesyaki lebih ramai ejen yang terbabit dalam rangkaian itu kerana dua suspek terbabit mendapatka­n penderma dari Delhi, Jammu, Hyderabad serta Kerala, yang dihantar ke Kaherah untuk menjalani prosedur berkenaan menggunaka­n visa pelancong.

Penerima organ berkenaan juga dari kawasan berbeza di India yang pergi ke Kaherah untuk menjalani prosedur pemindahan disebabkan undang-undang negara asal tidak membenarka­n perdaganga­n organ.

Polis di Telangana yang menyelaras­kan siasatan dengan rakan sekerja di Mumbai berkata, Prajapati merekrut bekas penderma buah pinggang sebagai ejen untuk mendapat lebih ramai penderma.

Senarai menunggu untuk organ amat panjang di India dengan jumlah penderma yang tidak ramai menyebabka­n pasaran gelap terus berkembang.

Menurut maklumat kerajaan, 200,000 orang dalam senarai menunggu hanya untuk buah pinggang manakala 30,000 bagi hati. Penderma sah mengikut undang-undang hanya mampu memenuhi tiga hingga lima peratus permintaan.

Ada pesakit terdesak menggunaka­n khidmat orang tengah untuk membeli organ. Orang tengah terbabit lazimnya mencari ‘penderma’ di perkampung­an terpencil yang ditipu dengan dijanjikan wang atau kerja di bandar.

Penerima organ terbabit dilaporkan membayar 3 juta rupee (RM197,000) kepada dua ejen dengan pendermany­a menerima 500,000 rupee (RM33,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia